Part 6

2.9K 185 25
                                    

Berkali-kali liur ditelan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berkali-kali liur ditelan. Dada usah dikata, berdegup terlalu kencang sehingga mahu tercabut dibuatnya. Tubuh yang tersarung baju melayu putih langsung tak dapat sembunyikan degupan jantung yang berdetak hebat. Songkok di kepala dibetulkan sedikit. Pandangan jatuh kepada Puan Insyirah yang duduk bersimpuh tidak jauh daripadanya. Ketika ini mereka sedang menunggu ketibaan pengantin perempuan yang diiringi oleh pengawal peribadinya.

Bahu yang diramas lembut ditenung sebelum kepala diangkat membalas pandangan Encik Farid. Lelaki itu tersenyum lebut. Mungkin abah tahu dia gugup.

"Bang..." Fayyad mendekatkan bibir ke arah telinga Fareeq.

Fareeq diam mendengar. Perhatia teralih kepada Fayyad pula.

"Aku rasa sempat lagi kalau kau nak lari. Aku tolong cover." Kening diangkat-angkat tanpa rasa bersalah. Wajah ditayang serius.

Fareeq menentang anak mata adiknya tajam. Orang tengah serius sekarang boleh pula Fayyad berloyar buruk.

"Bukan apa, tengok muka kau, nampak macam kena paksa. Aku tak nak nanti tetamu kata keluarga kau paksa kahwin. Aku tak masuk campur eh? Aku tak paksa kau." Fayyad angkat kedua-dua tangan, gaya tak bersalah. Ketika ini, mahu saja Fareeq meluku kepala adiknya yang ting tong. Mereka memang berbeza. Fareeq seorang lelaki yang berperwatakan matang dan serius. Tetapi Fayyad, terlalu kebudak-budakan dan suka berfoya-foya.

Fareeq senyum misteri. Dia pula yang mendekatkan bibir ke telinga Fayyad. "Sebelum kau yang aku suruh paksa keluar, lebih baik kau diam."

Fayyad mengemam bibir setelah mendengar amaran abangnya. Eleh, nak bergurau pun tak boleh!

Tidak lama kemudian, beberapa orang mula masuk ke dalam masjid. Tahulah mereka, pihak pengantin perempuan sudah tiba. Fareeq yang menyedari itu terus tundukkan wajah. Kala ini, dia seperti mahu pitam. Menggigil seluruh tubuh dibuatnya. Hilang macho kalau Fayyad tahu ni.

Semua yang berada di situ tersenyum melihat pengantin perempuan melangkah masuk. Ada yang sedang berbisik-bisik sesama mereka. Mungkin kerana tidak menyangka kecantikan yang terpapar indah pada penampilan pengantin perempuan yang ditutupi veil putih yang bercorakkan sulam.

"Fuh, cantik betul bakal isteri kau, bang." Fayyad berbisik di telinga Fareeq. Fareeq yang sedang jatuhkan pandangan mula mendengus kecil.

"Sebelum aku jolok biji mata kau, lebih baik kau turunkan pandangan kau sekarang." Tergeleng kepalanya melihat kelakuan si adik. Dia yang bakal menjadi suami pun teguhkan hati untuk tundukkan pandangan, tetapi Fayyad pula yang melihat seperti mahu diterkam. Fikir adik saja ni!

Fayyad mencebik sebelum mengalihkan anak mata memandang tok kadi di hadapan Fareeq. Suara abangnya yang keras sebentar tadi cukup buatkan bulu romanya naik. Lebih baik dia ikut sebelum betul-betul Fareeq buat.

Jelita duduk bersimpuh di atas kusyen bulat sesuai untuknya. Biarpun tidak rela, dipaksakan juga senyum. Walaupun bukan ini majlis kahwin yang dia idamkan, tidak bermaksud dia harus keraskan hati tidak meraikannya. Hendak lari? Sudah terlambat. Hendak menukar fikiran? Waktu ini otaknya pun tidak dapat berfungsi dengan baik.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now