Part 23

3.1K 170 3
                                    

Sementara dia sibuk menyikat rambut, pintu bilik terbuka dari luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sementara dia sibuk menyikat rambut, pintu bilik terbuka dari luar. Pantas sepasang matanya menoleh ke arah daun pintu. Kening berkerut seribu. Perbuatannya serta merta terhenti.

"Kenapa?" Soalnya polos.

Fareeq angkat kening. "Apa yang kenapa?"

"Kenapa masuk bilik?" Sekali lagi dia menyoal dengan lebih jelas.

"Sebab nak tidur?" Jawabnya bingung. Salahkah nak masuk bilik? Lagipun jam hampir menginjak sebelas malam. Penat bawa kereta jauh belum hilang, tambah lagi dengan masalah baru yang diberitahu Fayyad ketika lelaki itu menghubunginya.

"Kenapa tak tidur bilik lain?" Buat pertama kali, dia rasa sesak berada satu ruang yang boleh tahan kecil dengan Fareeq berdua-duaan.

"Kau nak mak abah tahu ke selama ni kita tidur asing? Kalau kau sudi nak dengar mak membebel bagi tazkirah sampai subuh, aku okey aje." Selamba dia mengangkat bahu seraya menyilang tangan ke dada. Jelas nada suaranya menyinis.

Jelita mendengus. Gila nak biar mak membebel? Kalau betul wanita itu membebel sampai subuh, naya dibuatnya nanti.

Fareeq menggeleng sebelum senyum senget. Kaki kembali melangkah menuju ke katil.

"Eh, kejap!" Jelita menjerit kecil sekali gus menghalang pergerakan Fareeq. Lelaki itu berlipat kali ganda keliru dengan tingkah Jelita. Dah kenapa gelabah semacam?

"Sabar!" Tangan naik paras dada, menyuruh Fareeq berhenti melangkah dan mengikut suruhannya. Dia pula kemudian mendekati katil lantas bantal yang tersusun cantik di atas katil dicapai. Bantal tersebut disusun di tengah-tengah katil, memisahkan dua sempadan.

"Jangan berani nak cross the line eh?" Jari telunjuk diunjuk ke arah Fareeq yang hanya senyum senget. Tergeleng kepala lelaki itu melihat kerenah sang isteri.

"Kalau aku buat?" Sengaja lelaki itu mahu mengusik sementelah pula dia suka melihat wajah merah Jelita menahan geram.

Jelita senyum plastik. "I akan pastikan esok you keluar bilik dengan dua-dua mata lebam. Jangan cari masalah eh?" Ugut Jelita serius.

Fareeq mendecit nakal. Langsung tak tergugat dengan ugutan 'manja' isterinya.

"Alright, ma'am." Akhirnya lelaki itu hanya mengalah. Lagipun, mata hampir tertutup kala ini, tak larat nak cari gaduh dengan Jelita. Esok-esok aje lah dia sambung mengusik.

Jelita menjeling menyampah. Terlihat Fareeq sudah labuhkan duduk di atas katil sebelum dengan selamba dia membuka baju. Terbuntang biji mata Jelita sebelum tubuhnya dipusing ke belakang, tindakan drastik.

"Hei, you dah kenapa buka baju ni?!" Jerit Jelita angkara terkejut.

"Panas. Lagipun aku memang tidur buka baju. Kenapa? Ada masalah ke?" Soal Fareeq pula tanpa rasa bersalah. Dia sudah baringkan tubuh dengan tangan yang mengalas kepala, kaki pula disilang sebelum digoyang-goyangkan. Dia nampak santai sedangkan isterinya hampir mahu meletup.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now