Part 45

2.6K 149 14
                                    

Danny dan Jelita keluar daripada bangunan tersebut untuk menyambut 'tetamu' mereka yang sudah sampai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Danny dan Jelita keluar daripada bangunan tersebut untuk menyambut 'tetamu' mereka yang sudah sampai. Sesekali Danny mengerling Jelita. Wanita itu tampak tenang tetapi dia yakin Jelita sedang gugup. Mereka benar-benar bakal sampai ke garisan penamat. Hanya sedikit masa lagi.

"Are you okay?" Sebelum mereka sampai, Danny sekali lagi bertanyakan keadaan Jelita.

"I'm okay." Jelita mengangguk.

Mereka kembali meneruskan langkah. Setibanya mereka di tempat yang ditetapkan, tempat tersebut telah dipenuhi dengan beberapa orang bersut hitam. Mereka semua berdiri di posisi masing-masing.

"Here you are, Mr. Fredo. Nice to meet you!" Seorang lelaki yang kelihatan berusia mula bangun dari duduk lantas menghulur tangan untuk berjabat.

Danny menyambut huluran tersebut seraya senyum senget. "Nice to meet you too, Mr. Tanawat. I thought you're just the investor but fortunately, you're the regular customer too. Thank you for still being interested in our business. I apologise for all the inconvenience." Mod berniaga telah bermula. Di sisi mereka terdapat beberapa buah beg yang diisi penuh oleh sesuatu.

"It's okay. I've known your father for a long time and I've always trusted him. I will help you guys to recover your business back." Ujar lelaki bernama Tanawat itu. Tampaknya hatinya senang kerana senyum tidak lekang dari bibir. Disebabkan Danny dan Fredo merupakan pasangan kembar. Tiada siapa yang dapat cam Danny yang mengambil alih urusan tersebut. Ini semua perancangan Fredo yang tidak mahu mengambil risiko kalau-kalau ada pihak berkuasa yang terlibat di sebalik semua ini.

Danny hanya senyum.

"By the way, who is this pretty girl?" Tiba-tiba lelaki itu menghalakan pandangan ke arah Jelita yang tidak berkutik di sisi Danny.

"She's my future wife, Jelita." Danny memperkenalkan Jelita kepada Tanawat.

"Oh, are you getting married? That's sounds great!" Lelaki tersebut tampak terkejut tetapi tetap tersenyum.

"So, as you wish..." Danny mengunjuk ke arah beg yang terdapat 'sesuatu'. Apabila beg tersebut dibuka, terdapat beberapa buah paket dadah. Lelaki yang bernama Tanawat itu kelihatan berpuas hati.

"Thank you, Fredo! I hope we can still work together in the future." Tanawat kembali berjabat tangan dengan Danny. Setelah menyelesaikan beberapa urusan jual beli, mereka meminta diri untuk pergi.

"Thank you so much, Mr. Tanawat for having here. We'll wait for your next business." Danny mengerling Jelita seketika. Wanita itu senyum sebelum bunyi letupan kedengaran. Pantas Danny menarik pergelangan tangan Jelita untuk bersembunyi.

"Mereka dah sampai." Bisik Danny di telinga Jelita. Ketika ini, mereka sedang bersembunyi di sebalik dinding.

Di sebalik dinding, Jelita dapat melihat sekumpulan polis dan penyelamat sedang menuju ke arah Tanawat dan orang suruhannya. Maka, kejadian tembak-menembak pun berlaku. Dia yang tidak pernah mengalami situasi seperti ini, agak gerun melihatnya. Dalam hati, dia berharap semuanya akan berakhir dengan selamat. Tanpa sedar, sepasang matanya mencari sosok seseorang. Namun, figura itu tidak kelihatan.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now