Thank you

1.7K 98 15
                                    

Assalammualaikum, kesayangan semua.
Alhamdulillah...
Setelah berbulan-bulan kisah ini dibiarkan, dengan segala kudrat yang ada, saya kembali menulis dan menghabiskan.
Alhamdulillah...

Saya rasa, karya kali ini lebih lama masa yang diambil untuk dihabiskan disebabkan kekangan masa dan tugasan hakiki yang tak boleh dibiarkan. Di setiap kesempatan yang ada ini, saya cuba untuk menghabiskannya.

Sebelum saya membebel lebih panjang, saya nak minta maaf jika ada yang terkurang dari segi penulisan, jalan cerita mahupun ending yang tidak memuaskan.

Karya kali ini agak mencabar juga sebab saya banyak kekeringan idea dan hampir berputus asa nak habiskan sebab saya tahu berkemungkinan pembaca dah lupa macam mana jalan cerita sebab terlalu lama menunggu. Dan saya minta maaf sangat-sangat :)

Memang saya bercadang untuk tidak memanjangkan chapter kali ini sebab waktu saya mula menulis karya ni, sebenarnya sekadar nak hilangkan bosan sementelah pula idea mencurah-curah waktu tu. Tapi, disebabkan saya kembali menghadap tugasan hakiki, terus tiada masa dan kesempatan.

Saya berterima kasih juga kepada yang setia menunggu setiap hari untuk saya update. Saya hargai sangat-sangat. Saya cuba untuk update macam dulu tapi terlalu banyak benda yang perlu diberikan fokus dahulu.

Saya juga berterima kasih kepada yang vote dan memberi komen. Saya suka baca, tapi tak sempat nak balas satu-satu. Jangan berhenti komen dan vote, ya?

Seperti yang semua tahu, ataupun belum tahu, saya akan keluarkan karya lain untuk watak Fayyad. Tetapi masih tak tahu bila waktunya. Apa-apa saya akan update di Instagram, jangan risau. Saya rasa rindu pula nak buat sad story, urm...

Saya nak ceritakan juga, buat pertama kali, sepanjang saya menulis, dalam banyak-banyak karya, ini karya pertama yang saya menangis waktu menulis hahaha. Walaupun saya pernah menulis cerita yang lebih sedih, tapi ini karya pertama yang buat mata saya mengalir ketika menaip.

Mungkin sebab saya rasa dekat sangat dengan watak Jelita. Saya dapat rasakan sosok Jelita yang mengharapkan seorang ayah untuk menjaganya dan takut bila dia tiada tempat bergantung lagi. Dan kebetulan, Fareeq muncul menjadi pengganti untuk menjaganya. Dia kembali rasa selamat.

Saya dapat rasakan bagaimana kehilangan tempat bergantung. Sebagai seorang wanita, memang sifat kita ingin dijaga, dilindungi dan dikasihi. Jadi, saya boleh faham jika mereka kehilangan sosok seorang 'lelaki'.

Sejujurnya, pengajaran yang saya cuba beri, sebagai seorang wanita, kita tetap memerlukan lelaki untuk menjaga kita tak kiralah kita boleh berdikari macam mana pun. Memang lumrah dan fitrah perempuan seperti itu. Memang Allah cipta wanita untuk dijaga dan dilindungi. Sebelum kahwin, dijaga oleh seorang ayah. Selepas kahwin, dijaga pula oleh seorang suami.

Disebabkan itu, penting untuk mencari sosok lelaki yang tepat. Cari lelaki yang boleh membimbing kita kerana sifat lelaki ialah memimpin dan perempuan sentiasa perlu dididik. Carilah lelaki yang boleh terima baik buruk kita tanpa memandang masa lalu. Carilah lelaki yang menghargai kita tanpa melihat keburukan. Benar, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik tapi lelaki yang tepat akan mencari kebaikan pada sosok seorang perempuan biarpun kekurangan yang terbentang di depan mata.

Apa akibat kita memilih lelaki yang salah? Para wanita hanya ada cara terakhir iaitu, berdikari... tidak berharap lagi... dan tidak bergantung lagi pada sesiapa biarpun suami sendiri. Disebabkan itu kita boleh nampak rata-rata perempuan memilih untuk pijak di atas kaki sendiri tanpa berharap dengan sesiapa kerana mereka tiada sosok yang boleh dijadikan tempat bergantung.

Susah nak cari lelaki yang tepat pada dunia sekarang. Betul, memang susah. Tapi kena ingat, tak mustahil.
Jika Allah berkehendakkan, tak mustahil...

Sekian daripada saya, semoga kita jumpa lagi di karya yang akan datang. Terima kasih semua dan saya memohon maaf kalau ada yang terkurang dan tersilap kata. Yang baik datang daripada Allah, dan buruk semuanya daripada saya.

Cuba korang komen pula, apa pengajaran yang korang dapat dari kisah kali ini? Berpuas hati ke tidak?

Sebelum saya tamatkan lagi, saya nak ingatkan yang saya ada edit video beberapa tempat yang disebutkan dalam Special Chapter, memberi gambaran bagaimana suasana dan tempat tu. Jadi, awak semua boleh tengok di Highlight Instagram, myserraa._

Thank you.







Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

اسْتَوْصُوا بِالنساءِ خَيْرًا، فإنَّ المرأةَ خُلقتْ من ضِلَعٍ ، وإنَّ أَعْوَجَ شيءٍ في الضِّلعِ أَعْلَاه ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ ، وإن تركتَه لم يزلْ أَعْوَجَ ، فاستوصُوا بالنِّساءِ خَيْرًا

Maksudnya : "Nasihatilah para wanita kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk meluruskannya maka ia akan patah, namun bilamana kamu biarkan ia maka ia akan tetap bengkok, untuk itu, nasihatilah para wanita".

Berdasarkan apa yang telah dijelaskan, maka kita (lelaki) dituntut untuk sentiasa berlaku baik, lemah-lembut serta sabar dengan wanita dalam apa jua keadaan. Tambahan pula, wanita ini adalah ciptaan Allah SWT yang istimewa untuk kaum lelaki yang perlu dijaga akan kehormatannya dan memandunya ke arah mentaati Allah SWT dan melaksanakan segala syariat-Nya.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now