Pintu bercat putih itu dibuka. Setapak demi setapak langkah dibawa masuk ke dalam sehingga mendekati balkoni. Langsir putih yang beralun mengikut melodi bayu malam menghamparkan rasa ketenangan. Susuk tubuh yang berdiri menghadap dada langit dirapati. Pinggang ramping itu dipeluk dari belakang. Pucuk hidung menghidu aroma yang memabukkan di celah leher sehingga rapat di belakang cuping telinga.
Figura itu tidak menghalang, sebaliknya membiarkan tubuhnya disentuh. Dia memejamkan mata menikmati setiap sentuhan. Tangan yang berada di pinggangnya perlahan-lahan bergerak ke depan. Mengelus perutnya yang kempis.
"I want you right now." Suara gemerisik itu berbisik di telinganya membuatkan dia tersenyum indah. Tangan naik mengelus rahang lelaki yang sedang mengucup leher jenjangnya. Perlahan dia mengangguk tanpa memandang gerangan tersebut.
"Anis milik abang," ujarnya perlahan sambil menikmati.
Sentuhan tadi mati serta-merta. Tubuh yang bersandar di belakangnya menjadi keras.
"What? Abang? Siapa 'abang'?" Lelaki itu menyoal sinis.
Anis membuka mata lantas menoleh ke sisi. Wajah lelaki yang sangat dikenalinya direnung tajam. Perlahan keluhan dilepaskan.
"Kau dah ada bapak ayam baru ke?"
"Tak payah nak merepek!" Bidas Anis laju.
"Habis tu? Jantan mana pula kau sebut ni?" Lelaki itu menyilang tangan ke dada sambil memandang raut wajah Anis tanpa jemu. Dalam ramai-ramai perempuan yang berdamping dengannya, entah mengapa, dia susah untuk melepaskan Anis. Selalunya, perempuan yang berada di sisinya takkan bertahan lama kerana dia sering menukar 'cita rasa'. Tetapi, dia tak mampu menggantikan Anis dengan yang lain. Mungkin kerana Anis pandai melayan kehendaknya.
"Apa yang aku bagi dekat kau tak cukup ke sampai kau nak ada bapak ayam yang lain?" Dia mengelus rambut Anis sebelum gadis itu menepis laju.
"Berapa kali aku nak cakap, dia bukan bapak ayam!"
"Maksudnya, 'abang' tu wujudlah? Siapa dia? Kau tak pernah panggil aku 'abang' dan bahasakan diri kau 'Anis' dengan aku." Bukanlah bermaksud dia cemburu tetapi rasa ingin tahu terlalu tinggi dalam diri. Dia tidak kisah pun jika Anis mahu melayani ramai lelaki di belakangnya. Yang penting, kehendaknya dipenuhi apabila dia perlukan gadis itu.
"I guess, dia lelaki yang kau cinta, kan?" Dia masih tidak berhenti bertanya sehingga dia memperoleh sebuah jawapan.
Anis diam. Pandangan dihalakan ke dada langit. Baju tidur yang terselak di bahu dibetulkan semula.
"Kalau dia lelaki yang kau cinta, kenapa kau ada dekat sini? Kenapa kau tak bersama dia? Ataupun, kau nak bersama dia tapi dia tak boleh terima kau sebab kau..." dia mengerling Anis dari atas hingga ke bawah dengan senyum sinis.
"Dia tak tahu pun aku macam mana!" Keras Anis membantah spekulasi lelaki itu.
"Dan apa yang buat kau percaya yang dia akan terima kau kalau dia tahu kau dah jadi 'makanan' lelaki lain?"
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀
Romance[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur...