Part 22

3.2K 180 13
                                    

Warning: bab kali ini mengandungi pendidikan seksual 18 tahun ke atas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Warning: bab kali ini mengandungi pendidikan seksual 18 tahun ke atas. Walaupun begitu, segala yang tertulis adalah bertujuan untuk pengetahuan sahaja.

Kaki digoyang-goyangkan di atas pangkin. Ketika ini dia berada di tepi sawah, menikmati pemandangan pada waktu petang. Tak disangka, di sini terlalu menenangkan. Rasa seperti tak mahu balik saja. Terutama sekali dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Lembut menampar kulit wajahnya sekali gus membuahkan senyuman di bibir.

"Ehem!" Dehaman seseorang mengalihkan perhatian Jelita. Terus kepala dipusing ke belakang.

"Sorang aje ke, cik adik?" Lelaki itu mengangkat sebelah kening, mengusik.

Jelita menggulingkan biji mata ke atas. "Jangan kacau I, Fareeq!"

"Jom naik basikal. Kita pergi tengah sawah. Dekat sana lagi cantik tau." Ujar lelaki itu dengan basikal yang sudah ditunggangnya.

"You reti bawa basikal?" Terdapat nada suara skeptikal di sebalik kata-kata tersebut. Seperti kurang yakin pun ada.

"Tengok tanganlah." Sengaja dia berdeham lantas ditayang otot lengannya.

Jelita kemam bibir yang hampir mahu ketawa. Dia terus turun dari pangkin dan mendekati suaminya.

"Macam mana nak naik ni?"

"Nak aku dukungkan ke?" Fareeq sudah berura-ura mahu turun dari basikal tetapi suara Jelita pantas menghalang.

"Tak payah! I boleh buat sendiri! You ni memang pantang ada peluang, kan? Gatal!" Dia terus memanjat belakang basikal sebelum labuhkan duduk di kerusi belakang.

Fareeq pecah ketawa.

Jelita menoleh sedikit ke hadapan memandang suaminya. "Tunggu apa lagi? Jalanlah!"

"Mana boleh jalan. Kau kena peluk pinggang aku dulu, kalau jatuh nanti macam mana? Basikal ni dahlah uzur."

"Euw, peluk? You memang sengaja aje kan nak suruh I peluk?! Gatal!"

"Ha'ah aku memang gatal. Cepatlah peluk." Melihatkan reaksi Jelita, makin giat dia hendak menyakat. Cukup mencuit hati melihat bibir yang menjuih geram kepadanya.

"Ish, tak naklah naik!" Jelita sudah mahu turun dari basikal sebelum Fareeq menghalang. Lelaki itu sempat ketawa dahulu.

"Aku gurau aje lah. Gurau pun tak boleh ke, Puan Jelita? Dah, duduk diam-diam. Nak bawa laju ni!"

Jelita laju menampar bahu Fareeq. "Jangan merepek ya nak bawa laju! I tak nak mati awal!"

"Ha'ah kan, sebab kita tak ada anak lagi, kan? Okeylah." Lagi Fareeq mengusik mengundang decitan geram daripada Jelita.

"Fareeq!"

Tak menunggu lagi, terus Fareeq mengayuh basikal tersebut. Sengaja dia bawa laju-laju kerana seronok melihat Jelita membebel di belakang. Dari awal, tak berhenti Jelita menyumpah seranah. Sengaja lelaki itu mengayuh laju-laju sehingga dia terpaksa memeluk pinggang lelaki itu.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now