Part 52

3.7K 169 3
                                    

Fareeq bingkas keluar dari ruang wardrobe kerana terkejut mendengar jeritan Jelita di meja solek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fareeq bingkas keluar dari ruang wardrobe kerana terkejut mendengar jeritan Jelita di meja solek. Takut juga apa-apa jadi memandangkan isterinya bakal melahirkan bila-bila masa. Sepanjang Jelita mengandung, dia menjaga isterinya sebaik mungkin supaya Jelita tidak merasa sakit sekali pun.

"Kenapa, sayang? Ada sakit dekat mana-mana ke?" Gelabah Fareeq meraba tubuh isterinya takut-takut Jelita ada merasa sakit.

"Tak ada sakit pun..." wanita itu mencebik sedih.

"Habis tu, kenapa Jelita menangis ni?" Fareeq memegang wajah Jelita sambil merenung ke dalam mata sang isteri yang berair.

"Jelita tak suka tengok cermin. Jelita nampak buruk. Baju yang Jelita suka pakai pun dah tak muat. Badan dah tak cantik dah." Jelita merungut seperti anak kecil. Sebelum mengandung, tubuhnya langsing dan dia menjaga penampilannya untuk kekal gah. Tetapi, sejak mengandung, dia mengembang lalu semua baju tidak muat lagi dipakai. Baju baggy pun dah tak muat dipakai.

Fareeq kemam bibir daripada senyum. Ingatkan kenapa isterinya menjerit seperti digigit haiwan.

"Siapa cakap isteri abang tak cantik ni? Jaranglah pilihan abang tak cantik. Jelita memang tak kurus macam sebelum ni tapi bukan sebab makan banyak. Sebab ni... Jelita bawa anak kita, kan?" Pujuk Fareeq sambil menyentuh perut isterinya yang membulat.

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. Isteri abang cantik. Abang suka tengok dia waktu mengandung ni. Jelita nampak comel... macam penguin!" Dicubit manja pipi gebu sang isteri.

"Ish, abang ni! Kenapa samakan Jelita dengan penguin? Jelita lagi comel!"

"Betul! Tak boleh dinafikan lagi! Takkan dapat dibahaskan lagi!" Sampuk Fareeq, bersetuju dengan isterinya.

Jelita ketawa dengan suara Fareeq yang sengaja mengusiknya.

"Dah, jangan sedih-sedih lagi. Isteri abang cantik, paling cantik dalam dunia ni. In another universe pun Jelita tetap paling cantik tau!" Bekas air mata di pipi isterinya diseka lembut. Hingus yang keluar sedikit di hidung dilap.

Jelita senyum lebar. Dia mengangguk laju.

"Isteri abang cantik sangat-sangat! Effortlessly beautiful and gorgeous!" Tubuh Jelita dipeluk erat lalu pipi gebu isterinya dikucup berkali-kali.

Jelita ketawa kegelian.

•••

Fareeq mengerling jam tangan. Sesekali mata mengintai bahagian wardrobe. Tadi Jelita ada di dalam. Tapi tak tahu apa yang lama wanita itu bersiap.

"Sayang, dah siap ke tu?" Laung Fareeq kuat sambil membetulkan rambutnya buat kali terakhir.

"Dah, abang!"

Fareeq menoleh ke arah isterinya sebelum mulut ternganga kecil. Mata terkelip-kelip berkali-kali tanpa henti.

"Ini... isteri abang ke?" Sampai gagap dia mahu membuka mulut kerana terkejut.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now