Lutut memangku tangan. Jauh mengelamun memikirkan apa yang terjadi hari ini. Perasaan bercampur-baur. Setelah sekian lama mereka merancang, hari inilah penamat. Selepas ini, dia bebas untuk hidup seperti manusia lain. Tak terikat lagi dengan sesiapa. Memang ini yang dia mahukan selama ini. Tetapi, setiap kebahagiaan pasti akan ada pengorbanan, bukan? Tiada kejayaan yang dapat dikecapi tanpa perlu mengorbankan sesuatu.
Demi mencapai kebebasan dan kebahagiaan, dia terpaksa kehilangan sebuah keluarga. Kehilangan seorang abang yang merupakan darah daging. Selain itu, dia harus belajar melepaskan perempuan yang dia sayang untuk lelaki lain, yang lebih menjaminkan kebahagiaan wanita itu. Benar, tiada yang percuma. Dia tiada sesiapa lagi. Mungkin sudah sampai masa untuk dia mencari diri sendiri. Selama ini dia dibayangi perbuatan kejam si abang sehingga dia turut terpalit.
"Kopi?"
Secawan kopi 3 in 1 berada di depan mata. Terus dia menoleh ke arah Fayyad yang baru sahaja melabuhkan duduk di sebelahnya.
"Thank you." Dia menghirup perlahan air panas itu.
"Nampaknya semua dah selesai." Fayyad bersuara di antara mereka.
Danny mengangguk bersetuju. Pandangan kembali dihalakan ke depan. Waktu pagi seperti ini, ramai pesakit yang dibawa jururawat untuk berjalan-jalan di taman hospital tersebut. Mungkin untuk menghirup udara segar.
"Kau okey ke?" Fayyad menoleh ke arah Danny.
"Sekarang mungkin belum, tapi akan okey." Balas Danny, air disisip lagi.
"Ambil masa." Fayyad mengusap bahu Danny. Lelaki itu telah menceritakan segalanya pada dia. Rupa-rupanya, signal asing yang mereka dapat adalah daripada Danny. Lelaki itu yang menghantar segala maklumat sulit kepada mereka sebagai bukti jenayah Fredo. Dia sangat berterima kasih dengan Danny yang selama ini mereka anggap adalah suspek.
"Kalau aku nak jumpa Jelita nanti, boleh?"
Fayyad mengangguk. "Kenapa tidak? Kau kan kawan dia. Tanpa korang, mungkin urusan kitorang pun tak berjalan lancar. Terima kasih, Dan sebab dah berusaha untuk bantu kami. Mesti susah nak buat semua tu tanpa tertangkap." Dia kagum dengan kehebatan dan ketangkasan Danny dan Jelita dalam membuat kerja. Mereka langsung tidak membuang masa.
"Ini semua sebab Jelita. Dia yang datang jumpa aku, minta tolong aku. Mulanya aku tak setuju tapi bila fikir balik, kalau dia boleh berkorban, kenapa tidak aku?"
"Jelita datang jumpa kau?" Fayyad terpempan.
Danny mengangguk. "Dia siap merayu supaya aku tolong dia. Tapi aku tak terpaksa pun untuk tolong dia. Aku buat semua tu sebab aku nak tunjuk yang aku tak pernah terlibat dengan jenayah abang aku. Sampai bila nak lari, kan?"
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀
Romance[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur...