[ Book 7 ]
Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Bahu terhinggut apabila sebuah kotak rokok dan pemetik api tercampak ke arahnya. Dia yang leka menatap telefon pintar pantas panggung kepala memandang gerangan yang baru melabuhkan duduk di hadapannya.
"Berapa kali aku nak pesan, jangan tinggalkan barang kau dalam rumah aku? Terutama sekali rokok." Nada suara Fareeq jelas dingin.
Fayyad sengih kecil. Tangan mula mengambil sepuntung rokok lantas dikepil di bibir. "Maaflah. Aku lupa. Kenapa? Dah mula nak ikut jejak aku ke?"
"Lambat lagi. Aku tak nak nanti orang lain yang hisap rokok kau tu." Fareeq menyilang kaki. Kedua-dua tangan direhatkan pada pemegang sofa.
"Orang lain? Siapa? Pekerja kau? Takkanlah dia orang berani nak ambil?" Pemetik api mula dihidupkan. Asap berkepul keluar dari celah bibirnya.
"Oh, I got it! Isteri kau hisap rokok ke?" Terbuntang biji mata Fayyad mengetahui kemungkinan tersebut. Jarang-jarang dia jumpa perempuan hisap rokok walaupun dah terlalu ramai sebenarnya.
Fareeq hanya mendengus. "Tak kisahlah apa pun. Tapi yang penting jangan kau tinggalkan benda-benda tu lagi. Perempuan tu kau faham-faham jelah. Liar lain macam!"
Terhambur ketawa di bibir Fayyad. Dia faham maksud abangnya. Tidak dinafikan, Jelita agak lain sikit daripada wanita yang pernah dia dampingi sebelum ini. Isteri abangnya itu agak keras kepala.
"Satu lagi, semalam ada perempuan datang office cari kau. Kau buat apa dengan dia sampai dia cari kau?"
Fayyad mengerut dahi. Semalam dia terpaksa ke luar negeri atas arahan Fareeq. Tak tahulah ada yang mencarinya di pejabat. "Siapa?"
Fareeq tersenyum sinis. "Berapa banyak perempuan dah kau bersama ni, Yad? Dah-dahlah tu bawa anak dara orang ke hulur ke hilir."
Fayyad menggaru belakang leher. "Kau tak payah risaulah. Bukan aku buat apa-apa pun. Aku berani bersumpah aku tak pernah melampaui batas."
"Ya, sekarang memang kau cakap macam tu. Tapi esok hari? Jangan main hati perempuan, Yad. Teruk padahnya nanti."
"Macam semalam, beria-ia perempuan tu nak jumpa kau. Kau ada buat apa-apa dekat dia ke?"
"Ish kau ni bang, takkanlah aku nak buat apa-apa! Aku tak adalah seteruk tu. Biar jelah dia. Perempuan gila kot." Nafi Fayyad sekeras-kerasnya. Senakal-nakal dia, tak pernah lagilah sentuh anak orang. Kenal-kenal gitu aje.
"Kalau ada masalah, boleh tak jangan libatkan kerja? Aku tak suka kawan perempuan kau cari kau sampai ke pejabat. Itu tempat cari rezeki. Kalau nak berkawan pun, tak payahlah semua benda kau bagitahu. Jadi profesional, Yad." Tegur Fareeq sebagai seorang abang. Baginya, Fayyad sudah matang untuk menilai. Tak perlu dia menegur seperti budak-budak.
"Baik, bang..." dalam hati, sudah berbakul-bakul dia menyumpah seranah perempuan yang datang ke pejabatnya itu. Menyusahkan orang betul! Tengoklah sekarang, tak pasal-pasal kena bebel.