Bibir mengeluh kasar. Sejak tadi, dia seperti lupa untuk bersuara. Hanya tahu mengeluh dan merengus. Mungkin sedikit hari lagi, dia terbiasa dengan tabiat yang satu itu. Dia bukan apa, perasaan risau yang merajai hati tidak dapat dibendung. Tambahan pula, setelah dia mengetahui sesuatu. Sesuatu yang amat besar.
"Daripada tadi you asyik mengeluh. You okey ke tak ni?" Jelita yang duduk di sisinya pula yang naik hairan melihat Danny yang seperti hilang anak. Tidak tentu arah.
"Sepatutnya soalan itu I yang tanya. You sendiri tahu you tak sihat, kenapa nak ikut I jumpa Fredo juga? Fredo cuma nak serahkan beberapa dokumen penting untuk urus niaga tu nanti aje. Lepas tu I akan balik. You macam tak percayakan I aje untuk uruskan." Terbit rasa kecewa di hujung katanya. Fokus diberikan sepenuhnya pada pemanduan. Mujur jalan tidak terlalu banyak kereta.
Jelita senyum tipis. "I bukan tak percayakan you tapi, ini kan kerjasama kita berdua. I tak naklah biar you urus sendiri. Lagipun, I masih laratlah nak ke sana sini."
"Kalau you larat, kita tak pergi klinik siang tadi, Jelita. Doktor pun takkan suruh you rehat cukup-cukup. Kalau ikutkan hati I, I nak bawa you terus ke hospital tapi you tak nak! You buat I risau, tahu tak? Kalau Fareeq tahu, mati I nanti!" Sekali lagi Danny mengeluh.
"Kenapa pula Fareeq kena tahu? I dah tinggalkan dia dan dia tak ada hak pun nak ambil tahu tentang I. I pun tak kisah pasal dia!" Jelita buang pandang ke luar tingkap. Selepas itu, suasana di antara mereka menjadi sunyi buat seketika.
"You tunggu dalam kereta aje nanti. Dah selesai, I datang." Danny bersuara kembali. Ketika ini, mereka sedang memasuki lorong terpencil.
"Tak nak, I nak ikut! I lebih rela ikut you daripada tunggu dalam kereta! You tak nampak ke keliling kita ni hutan? Gelap pula tu!" Bantah Jelita keras. Bulu roma mula naik apabil dia melihat sekeliling.
"Itulah, lain kali duduk rumah, rehat." Danny membebel perlahan.
"You jangan layan I macam budak-budak, boleh tak? I masih larat untuk buat, Danny. I tak selesa bila you macam ni. I rasa I perempuan lemah." Jelita membalas lirih.
Danny mengeluh untuk kesekian kali. Tiada guna dia melarang, Jelita tetap berdegil. Bukan dia tidak kenal sikap keras kepala wanita itu yang sukar dilenturkan.
•••
"Kau nak pergi markas tu ke?"
Fareeq menghentikan langkah apabila suara Fayyad menghalang. Lelaki itu menghadap Fayyad tanpa riak. Soalan Fayyad hanya dibalas dengan anggukan sahaja.
"Aku ikut."
"Buat apa? Tak perlu, aku boleh settlekan!" Bangkang Fareeq keras.
Fayyad mendengus geram. "Eeq, boleh tak kalau sekali aje kau biar orang tolong kau?! Kenapa keras hati sangat nak buat semua sendiri?! Kau tahu kau perlukan bantuan tapi kau tetap dengan ego kau! Aku cuma nak tolong kau, kita selesaikan kes ni sama-sama!"
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀
Roman d'amour[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur...