Part 29

3.1K 170 6
                                    

Ke hulur ke hilir dia berjalan dari ruang tamu ke dapur, dari dapur ke ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ke hulur ke hilir dia berjalan dari ruang tamu ke dapur, dari dapur ke ruang tamu. Gelisah lain macam. Mata sesekali mengerling ke arah pintu. Namun, tiada sesiapa yang pulang. Setengah jam dia begini bersama hati yang gundah gulana. Siapa agaknya mampu menenangkan hatinya?

"Assalammualaikum."

Pantas wajah diangkat memandang figura yang baru pulang. Tidak tunggu lagi, figura itu dikejar.

"Wa'alaikumussalam, tuan..." meleret nada suaranya, masih gementar.

"Kak Su kenapa ni? Macam baru kena kejar hantu je. Dalam rumah ni ada hantu ke? Saya kena panggil ustaz lah nampaknya!" Fareeq terus membuat spekulasi sendiri.

Kak Su menggeleng laju. "Eh, bukan! Bukan macam tu, tuan. Tak ada hantu dalam rumah ni melainkan tuan. Tuan aje macam hantu, menakutkan."

"Amboi, kak... menyempat sindir saya tu!" Walaupun dia sedar akan hakikat yang satu itu, ia tetap terkesan di hati. Sakit hati kitew!

Kak Su tersengih sejenak. "Tak, ni tentang Puan Jelita."

Wajah Fareeq bertukar serius. "Kenapa dengan Jelita?"

Kak Su meramas jari jemarinya sendiri. "Macam ni, tadi puan tergesa-gesa keluar rumah. Puan nampak serabut sangat. Bila Kak Su tegur, puan buat tak tahu terus keluar. Kak Su risaulah. Takut emosi puan tak okey, lepas tu memandu malam-malam macam ni." Itu yang menggusarkan hatinya sejak tadi. Buatnya apa-apa berlaku kepada isteri majikannya, tak ke dia yang kena nanti kerana tidak menghalang?

"Keluar? Dia pergi mana?" Fareeq tampak terkejut. Selepas pertengkaran mereka tempoh hari, mereka terus tidak bercakap seperti orang asing. Tetapi tidaklah bermaksud dia tidak mengambil berat tentang Jelita. Dia sentiasa peka mengenai isterinya.

Kak Su menggeleng lagi. "Tak tahu. Kak Su risaulah, tuan."

Fareeq mengurut pelipis. "Tak apalah, biar saya pergi cari. Tolong bawa masuk briefcase saya ni dalam bilik." Beg pejabatnya diserahkan kepada Kak Su sebelum disambut wanita itu.

Tidak sempat Kak Su mahu berkata lebih-lebih, Fareeq terus buka pintu lalu hilang di sebaliknya. Memanglah, apa sahaja berkenaan Jelita, pasti laju saja Fareeq bertindak. Tidak pernahlah lengah sesaat.

"Ya Allah, semoga Puan Jelita tak apa-apa dan Tuan Fareeq berjaya cari puan." Doa Kak Su sendirian.

•••

Fareeq melonggarkan tali lehernya yang terasa menjerat seluruh kepala membuatkan dia tidak dapat berfikir dengan baik. Sudah setengah jam dia memandu tanpa hala tuju, semata-mata mencari keberadaan isterinya. Jelita sangat licik. Sengaja isterinya mematikan telefon supaya dia tidak dapat mengesan lokasi gadis itu. Dan kini, dia sudah mati kutu hendak mencari di mana Jelita berada sebenarnya.

"Kau ke mana ni, Jelita? Kalau ya pun nak merajuk, tak payahlah buat macam ni." Ujarnya seperti Jelita ada di hadapan mata.

"Aku marah dia teruk sangat ke hari tu? Takkan sampai hari ni merajuk lagi. Haih..." terlepas keluhan yang ke seribu kali.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now