Tubuh bangkit dari duduk. Wajah membahang marah. Dada berombak kencang. Jelas riak mukanya tidak puas hati dengan apa yang baru didengarinya. Sudahlah berita pemergian papa masih belum dapat diterima, muncul pula masalah lain. Memang hidup kau penuh dengan masalah aje lah, Jelita!
"Kahwin?! Are you kidding me, Muna?!" Tangan sudah mencekak pinggang. Mata mencerlung tepat kepada pengurusnya. Kalaulah yang berada di depannya sekarang adalah punching bag, sudah lama ditumbuk sehingga lunyai.
Muna menundukkan wajah. Terkulat-kulat hendak berhadapan dengan Jelita. "Saya minta maaf, Cik Jelita. Saya cuma menurut arahan."
"Siapa yang bagi arahan?"
"Datuk yang minta, kalau apa-apa terjadi kepada dia, Cik Jelita kena kahwin dengan lelaki pilihan dia." Perlahan suaranya menjelaskan. Mungkin gugup hendak menghadap kemarahan Jelita. Gadis itu bukan boleh dikira. Naik gila tahap dewa nanti dia juga yang susah.
"Tapi kenapa?"
"Ini untuk keselamatan Cik Jelita sendiri. Selepas ni, tak ada siapa yang boleh jaga Cik Jelita. Sebelum ni, ada Datuk Jefri sebagai penjaga sah. Tapi sekarang, arwah Datuk nak Cik Jelita dijaga oleh seorang lelaki yang dipercayai."
Jelita mengurut pelipis kepala yang mula berdenyut-denyut. Lepas satu, satu masalah menghimpit. Langsung tak bagi dia bernafas dengan tenang.
"Siapa lelaki tu? Kenapa I kena kahwin dengan dia? I tak kenal dia. Kalau dia penjahat macam mana? I tak nak, Muna!" Jelita menjerit perlahan, tidak setuju dengan cadangan tak masuk akal arwah papanya. Kahwin? Dengan orang asing? Mustahil! Sudahlah dia tidak biasa duduk di sini kerana terbiasa dengan suasana negara luar, sekarang dia harus terima dia akan disatukan dengan entah siapa-siapa pula?
"Dia pengawal peribadi Datuk Jefri. Dah lama Tuan Fareeq bekerja dengan Datuk dan boleh dikatakan, Tuan Fareeq adalah orang kepercayaan Datuk."
Jelita mendecit sinis. "Papa terlalu mudah percayakan orang. Entah-entah dia tu nak tumpang senang papa aje!" Dengan penuh prejudis, dia mencemuh lelaki yang langsung tak dikenalinya.
Muna hanya menyepi. Tidak berani mahu berkata lebih-lebih. Dia hanya pekerja yang harus mengikut perintah sahaja. Berdamping dengan Jelita bertahun-tahun lamanya sudah membuatkan dia lali dengan sikap gadis itu yang degil dan keras kepala. Tiada siapa mampu menghalang gadis itu jika Jelita mahu lakukan apa sahaja. Susah mahu melenturkan Jelita Adra.
"Muna, I already have a boyfriend. Kalau I nak kahwin, I nak kahwin dengan boyfriend I. You pun tahu kan yang I cintakan Danny sangat-sangat." Jelita mendekati Muna, tangan wanita itu digenggam, berharap Muna akan bersimpati dengannya dan sekali gus mencari cara supaya dia dapat keluar dari belenggu masalah ini.
"Saya tahu, Cik Jelita. Tapi, ni satu arahan. Tak ada siapa berani nak membantah kalau Tuan Fareeq sendiri dah buat keputusan. Lagipun, ini permintaan arwah papa Cik Jelita juga. Datuk Jefri cuma nak tengok anak perempuan dia dijaga oleh seorang lelaki yang boleh dipercayai."
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀
Romance[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur...