Part 21

3.1K 164 15
                                    

Fayyad mendekati Fareeq yang sedang mengemas meja kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fayyad mendekati Fareeq yang sedang mengemas meja kerja. Lelaki itu seperti mahu beredar. Rasanya belum masa lagi untuk Fareeq pulang ke rumah. Abangnya akan pulang ke rumah apabila malam menjelma. Tika ini, matahari masih terpacak panas di luar.

"Kau nak ke mana ni? Jumpa klien?" Soal Fayyad hairan.

Fareeq menolak kerusi empuknya ke depan sebelum melangkah ke sofa di tempat Fayyad berdiri.

"Aku nak siap barang balik kampung. Mak dah bising suruh bawa Jelita balik."

Fayyad mengangguk. "Berapa lama?"

"Dua tiga hari macam tu lah. Tak boleh lama sangat sebab aku banyak kerja."

Sekali lagi Fayyad mengangguk. Bukan dia tak kenal bagaimana abangnya. Tak boleh tinggalkan kerja lama-lama nanti mulalah tak keruan.

"Lagipun aku risau tentang Jelita. Aku takut kereta hari tu datang lagi. Aku yakin dia aim Jelita kali ni." Kedengaran keluhan dilepaskan. Sepanjang hari dia tak berhenti memikirkan sebarang kemungkinan yang boleh mengancam mereka semua.

"Tak apa nanti aku minta Sean tengokkan kereta tu. Mesti cctv kau ada rakam kejadian tu." Ujar Fayyad, cuba menenangkan abangnya. Tak mahu Fareeq terlalu banyak berfikir dan menjurus kepada kesihatan yang merosot pula.

Fareeq mengangguk.

"Aku nak pergi hospital nanti. Doktor kata perempuan tu dah sedar." Suara Fayyad kembali menyapa. Fareeq memberi fokus penuh kepadanya.

"Baguslah macam tu. Sekarang ni kita cuma ada dia. Mesti ada sesuatu terjadi sampai dia jadi macam tu."

"Ya dan aku akan cuba tanya dia. Kau jangan risau, aku ni pencinta wanita. Petik jari, settle!" Jari dipetik sebelum dada ditepuk bangga. Fareeq mencebik menyampah.

"Aku 'bangga' ada adik macam kau yang sangat mencintai kaum wanita." Balas Fareeq, menyindir.

"Yes, you should be proud of me." Kening diangkat berkali-kali.

Fareeq menggulingkan biji mata ke atas kemudian menggeleng kepala. Kalau dia terus melayan Fayyad, memang tak jadi apa.

•••

Sosok tubuh Jelita dicari sehingga ke seluruh pelosok rumah sebelum matanya menangkap sekujur tubuh sedang bersandar pada belakang kerusi di tepi kolam.

Bibir terjongket senget. Dia suka dengan apa yang dia lihat ketika ini. Memang daripada dulu dia mengimpikan seorang isteri yang hanya duduk di rumah, tidak perlu bersusah payah bekerja kerana dia akan menanggungnya seratus peratus. Dia mahu isterinya bersenang-lenang di rumah, menikmati kemewahan dan kesenangan yang dia usahakan.

Jelita yang bersenang-lenang itu didekati. Terlihat gadis itu mengamati kuku sendiri yang berkilat. Tanpa gadis itu sedar, Fareeq menarik tangannya lantas dikucup kekura tangan tersebut. Terus Jelita duduk tegak kerana terkejut dengan kemunculan suaminya.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now