Part 11

3.2K 199 8
                                    

Daripada petang sehingga ke tengah malam, matanya masih menghadap komputer

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daripada petang sehingga ke tengah malam, matanya masih menghadap komputer. Sebagai seorang workaholic, waktu rehat bukan sesuatu yang patut diutamakan. Selagi masih ada kudrat, selagi segala anggota badan masih boleh bekerja, selagi itu mereka masih giat memerah otak.

Ketika dia sibuk menyelak kertas kerja, pintu biliknya dibuka dari luar. Kepala dipanggung memandang gerangan yang mula masuk ke dalam bilik kerjanya. Selamba entiti tersebut melangkah ke arahnya padahal sudah sedia maklum, sesiapa pun tak dibenarkan masuk ke dalam bilik kerjanya malah berada di tingkat satu.

"Kau buat apa dekat sini? Kan dah kata, kau tak boleh ada dekat sini." Suara Fareeq menyapa, perlahan. Tajam renungannya memanah tepat kepada Jelita yang langsung tidak rasa serba salah kerana melanggar perintah.

Jelita duduk di hadapan kerusi di meja kerja Fareeq. Sempat lagi dia meliarkan mata ke segenap ruang bilik kerja yang sederhana besar itu. Patutlah tiada siapa boleh masuk ke sini. Bilik kerja Fareeq penuh dengan dokumen yang tersusun elok di rak panjang. Tidak dinafikan, Jelita terpana melihat kekemasan bilik ini walaupun meja Fareeq bersepah kerana lelaki itu sedang melakukan kerja.

Ketika Jelita duduk di hadapan Fareeq, kaki disilang selamba. Tangan naik mengusap rambutnya yang dibiarkan lepas sehingga ke paras bawah bahu. Bibir terjungkit sinis.

"Salah ke I nak jumpa suami sendiri? I miss you." Bibir mencebik manja.

Fareeq menolak dinding pipi dari dalam menggunakan lidahnya. Pandangan dihalakan ke tepi seketika sebelum kembali membalas renungan Jelita yang cukup menggoda.

"Don't tease me, Jelita. I don't have time for your damn stupid game." Rahang diketap menahan emosi. Entahkan marah ataupun mula rasa... hanyut? Namun, menyedari hakikat bahawa wanita itu sengaja mahu mengujinya, membuatkan dada berombak geram. Jelita tak nampak ke dia tengah sibuk?

"Kenapa? You suami I, macam you cakap, you ada hak ke atas I. Tak boleh ke I nak perhatian daripada suami sendiri?" Jelita menyentuh lehernya sebelum jari jatuh ke dada. Baju tidurnya yang terdedah menampakkan bentuk tubuh.

Fareeq mendiamkan diri. Wajah ditayang kosong.

Jelita membetulkan duduknya. Kotak rokok yang berada di tepi meja dicapai. Ketika dia membuka kotak tersebut, sepuntung rokok diambil lantas dikepil di bibir. Matanya langsung tak beralih daripada menyoroti sepasang mata tajam Fareeq. Kemudian, pemetik api yang juga berada di situ dicapai. Hujung puntung sudah menyala, selamba dia menghembus asap di hadapan Fareeq. Semerta, Fareeq bangun dari duduk lantas bergerak ke Jelita.

Kerusi Jelita ditarik menghadap lelaki itu lalu puntung rokok di bibirnya ditarik kasar sebelum dicampak ke lantai. Serta-merta terpadam puntung yang masih menyala tadi.

"Siapa yang ajar kau hisap rokok?"

Jelita mencebik. "Chill. Rokok aje pun. Macamlah you tak hisap." Penuh sinis bait kata yang keluar dari mulutnya. Langsung tak peduli wajah tegang Fareeq.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now