Special Chapter 2

3.3K 152 10
                                    

Selamat mengembara ke Turki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selamat mengembara ke Turki

Istanbul, Turkey

Jelita melangkah masuk ke dalam hotel mereka sepanjang mereka di sini. Mata terpanar melihat sekeliling bilik. Untuk mereka berdua, bilik seperti ini terlalu besar. Masih muat sepuluh orang lagi kalau begini.

"Wah, cantiknya!" Jelita menjerit kecil ketika dia menyelak langsir lalu membuka pintu balkoni. Pemandangan kota Istanbul menjadi santapan mata.

"Abang, sini cepat! Tengok ni!" Jelita menggamit tangan memanggil Fareeq yang baru masuk. Lelaki itu menghampiri sekali gus mengepung isterinya pada penghadang balkoni.

"Not bad..." komen Fareeq sambil mengangguk.

"Abang, cantiknya tempat ni! Jelita tak pernah terfikir nak pergi sini. Tapi bila tengok tempat ni, rasa menyesal pula tak pernah ke sini."

Fareeq mengusap ubun-ubun Jelita yang berlapik tudung.

"Kenapa nak menyesal? Sekarang kan kita dah sampai sini. Kita ada masa seminggu dekat sini." Ucapnya lembut.

Jelita mengeluh. "Serba salah pula tak bawa Fatima dengan Faaeq sekali."

Fareeq mengusap lengan isterinya. "Nanti kita pergi sini lagi bawa dia orang. Kita tunggu Faaeq besar sikit." Pujuknya pula.

Jelita kembali tersenyum lalu mengangguk. Dia pusingkan tubuh menghadap suaminya. Tangan memeluk leher Fareeq.

"Terima kasih, abang sebab bawa Jelita pergi sini. Jelita suka sangat!" Ceria saja nada suaranya ketika ini.

"Sama-sama kasih, sayang. Abang kan pernah janji dulu, abang nak bawa Jelita pergi oversea. Tapi Jelita nak pergi France, kan? Abang tak bawalah pergi sana sebab abang nak bawa Jelita pergi sini dulu."

Jelita mengangguk kecil ketika dia mengingati semula kejadian tersebut. Ya, Fareeq pernah berjanji untuk membawanya melancong ke luar negara dan dia mahu ke Perancis ketika itu.

"Tak apa, abang. Pergi sini pun Jelita suka, asalkan dengan abang!" Jelita menyentuh rahang suaminya.

"Abang minta maaf sebab kita tak berkesempatan pergi honeymoon. Bila anak dah dua baru terfikir nak melancong berdua." Suara Fareeq kedengaran kesal. Kesal dengan diri sendiri yang terlalu sibuk dengan kerja dan membesarkan anak-anak mereka.

Jelita ketawa kecil. "Tak apalah, abang. Jelita faham. Jangan susah hati, okey? Tapi kan, apa yang membuatkan abang terfikir nak bawa Jelita pergi 'honeymoon' ni?" Terangkat-angkat kening wanita itu.

Fareeq mengucup pucuk hidung isterinya sekilas.

"Sebab abang rindu momen kita berdua. Dan abang tahu, sejak Fatima dah makin besar ni, abang banyak bagi fokus pada Fatima daripada Jelita. Abang tak lupakan Jelita tau. Jelita sentiasa dalam ingatan."

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now