Part 35

2.6K 123 4
                                    

Tangan memulas tombol pintu lalu kepala menjengah ke dalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan memulas tombol pintu lalu kepala menjengah ke dalam. Figura suaminya dicari di segenap sudut. Namun, pencariannya hampa. Fareeq tiada di mana-mana. Sudah puas dia mencari satu rumah tetapi kelibat Fareeq masih tidak kelihatan. Ke mana perginya Fareeq? Selalunya lelaki itu akan memberitahunya jika mahu ke mana-mana.

Sudah alang-alang dia masuk bilik kerja Fareeq, Jelita mendekati meja kerja lelaki itu. Biarpun Fareeq sentiasa sibuk di bilik ini setiap hari, tetapi suaminya tak pernah biarkan bilik tersebut bersepah. Selepas selesai kerjanya, pasti Fareeq akan kemas semula. Jika tidak, mana mungkin biliknya tika ini seperti tak pernah disentuh.

Jelita duduk bersahaja di atas kerusi empuk yang selalu diduduki Fareeq. Dia masih ingat dulu ketika pertama kali dia menjejakkan kaki di rumah agam ini, Fareeq melarang keras dia berada di aras ini terutama sekali bilik kerja lelaki itu. Namun, dia faham sahaja kerana dia tahu Fareeq juga mempunyai privasi apatah lagi melibatkan kerja. Kalau dia masuk pun, dia takkan tahu apa-apa.

Dokumen dan kertas kerja yang tersusun di atas meja diselak tanpa tujuan. Sengaja mahu melihat sedangkan dia tak faham satu apa pun. Biasalah, buat-buat faham!

Jelita pusingkan kerusi menghadap almari belakang. Terdapat beberapa buah fail yang disusun mengikut warna. Setiap daripadanya mempunyai nama yang tertera.

Jelita mula tertarik melihat salah satu fail yang tertulis nama 'Phantom'. Biarpun dia tak tahu isi kandungan fail tersebut, tetapi dia rasakan nama tersebut agak pelik dan unik. Disebabkan rasa ingin yang terlalu tinggi, Jelita mencapai fail tersebut lantas dibuka satu per satu helaian kertas dengan mata yang meneliti bait ayat yang terdapat di dalamnya.

Seketika, matanya melopong luas. Dia yang tadi berdiri terus terduduk di atas kerusi. Nafas berubah tidak teratur. Liur juga tersekat di celah kerongkong. Dahi berkerut menahan sebu dalam hati.

"Pa... pa?" Sekeping gambar Datuk Jefri yang bersaiz kecil disentuh dengan tangan yang menggigil. Butir ayat dan isi kandungan pada helaian tersebut dibaca sambil menahan debar yang mula mempengaruhi emosi.

Jelita kerdipkan matanya beberapa kali sebelum pantas mengagau tangan ke dalam poket seluar. Telefon pintar dicapai. Beberapa keping gambar diambil untuk dijadikan rujukan dan bukti. Dia tahu bila-bila masa sahaja Fareeq akan masuk dan dia harus pastikan suaminya tak tahu yang dia telah geledah 'kerja' lelaki itu.

Air mata yang menitis di pipi diseka kasar. Fail yang diambil tadi diletakkan semula di tempat asal. Kerusi yang didudukinya tadi pun dibetulkan supaya Fareeq tidak mengesyaki apa-apa. Setelah memastikan dia tidak meninggalkan apa-apa 'jejak', Jelita pantas keluar dari situ. Niat awalnya yang mahu mencari Fareeq terus berubah ketika dia masuk ke dalam bilik dan bersiap-siap. Dia harus berjumpa dengan seseorang, untuk mendapatkan jawapan. Jawapan untuk segala yang dia lihat tadi.

Biarpun dia mahu menangis ketika itu, dia harus tahankan dirinya. Sekarang bukan masa untuk dia meratap dan mengikut emosi.

•••

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now