Part 17

4.4K 233 15
                                    

Kaki dibawa keluar dari lif lalu melangkah ke dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki dibawa keluar dari lif lalu melangkah ke dapur. Bangun sahaja daripada tidur, dia mencari seseorang tetapi figura itu langsung tidak kelihatan. Sudahnya dia turun ke tingkat bawah. Terlihat beberapa orang pembantu rumah sedang melakukan tugas harian. Sesekali dia mengukir senyuman ketika berbalas pandangan.

"Selamat pagi, Puan Jelita." Kak Su menuju ke arah Jelita seraya tersenyum kecil.

"Fareeq mana?" Itu soalan pertama yang terpacul keluar dari bibirnya. Memang daripada tadi dia mencari figura suaminya.

"Tuan Fareeq dah pergi kerja, puan."

Terbeliak biji mata Jelita mendengarnya. Bibir digigit geram. Tak dapat menahan, terlepas keluhan kasar dari dalam dada.

"Baru semalam bagi amaran, hari ini dah buat hal? Degil betul!" Getus Jelita geram.

"Oh ya, Tuan Fareeq ada minta Kak Su belikan pek panas dan beberapa manisan untuk Jelita sebelum tuan pergi kerja tadi."

Jelita mengikut langkah kaki Kak Su ke dapur, mahu melihat apa yang dibeli wanita itu.

Di atas meja makan, terdapat beberapa buah plastik. Setiap satu daripadanya diselak, ingin dilihat isi dalam.

"Tuan kata puan perlukan pek panas. Kak Su dah belikan. Lepas tu, Kak Su ada belikan snek, cokelat dan manisan yang lain."

Jelita tercengang seketika. Mata terkebil-kebil merenung Kak Su dan barang yang berada di atas meja bersilih ganti.

"Ini... Fareeq yang suruh beli?"

Kak Su mengangguk.

Tak tahu Jelita mahu membalas apa lagi. Dia betul-betul tak sangka yang Fareeq akan membelikan segalanya seperti yang dikatakan lelaki itu semalam.

Kak Su senyum. Lengan Jelita diusap. "Puan datang bulan, ya? Selalunya pek panas ni untuk sakit senggugut."

Jelita hanya senyum janggal.

"Kalau puan perlukan apa-apa, beritahu Kak Su. Jangan segan-segan, ya?"

"Terima kasih, Kak Su."

Selepas ditinggalkan Kak Su di dapur, Jelita menghampiri kabinet dapur. Gelas air diambil lantas air dalam jag dituang ke dalam gelas tersebut. Telefon pintar dimain-mainkan seketika sebelum sebuah mesej masuk. Terus tegak tubuhnya berdiri. Jari pula laju membuka pesanan tersebut. Daripada Fareeq.

From: Fareeq
Aku dah minta Kak Su belikan keperluan kau. Aku tahu bila perempuan tengah datang bulan, dia malas nak buat apa pun. So, just rest in your room. Makan apa yang aku minta Kak Su belikan tu tapi jangan makan banyak sangat. Nanti kau gemuk makan snek banyak.

Hujung bibir Jelita terangkat membaca ayat terakhir daripada Fareeq. Baru saja mahu terharu, terus hilang senyuman digantikan riak muka yang menahan geram dengan sikap Fareeq yang tak berhenti mengusik.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now