Part 14

2.9K 168 4
                                    

Jam tangan dikerling sekilas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam tangan dikerling sekilas. Sesekali mata melilau melihat sekeliling, mencari empunya badan yang sudah berjanji untuk bertemu di sini. Apabila perasan tiada sesiapa, bibir mengeluh kasar. Kaca mata hitam yang elok terletak di batang hidung dibuka sebelum digantung di tengah baju kemeja putihnya. 

"Kau janji dengan orang tu pukul berapa?" Tak dapat menunggu lagi, Fareeq terus paculkan soalan kepada Fayyad. Wajah tenang Fayyad direnung tajam.

"Kalau ikutkan, sekaranglah waktunya. Tapi, tak apalah. Tunggu aje, mungkin jem." Balas Fayyad, tenang. Bahu terangkat sekali.

"Tunggu? Dah sejam tunggu tapi tak sampai-sampai pun. Kau sendiri tahu aku sibuk, kan?" Bebel Fareeq. Sebagai seorang Fareeq Isyraf, setiap waktu, setiap detik itu tersangat penting. Takkan mahu disia-siakan!

Fayyad mendecit kecil. "Sabarlah. Kita tak tahu mungkin dia ada hal ke apa ke. Dia tak ada cakap pun tak jadi datang. Maksudnya dia akan datanglah tu."

Fareeq menjeling adiknya tajam.

"Ala kau ni, apa salahnya tunggu sekejap? Lagipun, bukan selalu kita dapat 'melepak' berdua macam ni walaupun tak macam melepak."

"Apa yang bukan selalu kalau hampir setiap hari kau menyemak dekat rumah aku? Kau ingat aku tak tahu, kau datang rumah aku bila kau dah bosan keluar dengan perempuan, kan?" Bidas Fareeq geram. Namun, jauh di sudut hati, dia tak kisah pun jika adiknya selalu 'melepak' di rumahnya kerana memang daripada dulu Fayyad begitu.

Fayyad menyengih kecil.

"Tapi kan, aku musykil betul dengan kau." Fayyad kembali bersuara dengan mata yang dipicingkan kepada Fareeq. Bibir mula jungkit sebelah.

"Musykil kenapa?"

"Orang bercinta memang pelik ke?"

"Apa yang pelik?" Dia pula yang hairan dengan soalan Fayyad yang suka berkias.

"Kalau ya pun baru kahwin, tak payahlah tunjuk sangat baru kahwin tu." Terlepas tawa kecil di bibirnya.

"Apa yang kau merepek ni?" Mulalah dia nak baran sekarang ni.

"Tu, dekat leher kau tu. Seronok sangat ke pagi tadi, Tuan Fareeq?" Sindir Fayyad penuh sarkastik.

Terus Fareeq angkat tangan menyentuh lehernya. Baru dia teringat yang Jelita melekapkan gincu gadis itu pada lehernya pagi tadi. Dengan wajah yang berbahang merah, laju tangannya menggosok leher sendiri. Telefon pintar angkat, terpantul wajahnya pada skrin gelap itu.

"Tak payah nak merepek! Kau macam tak tahu Jelita tu macam mana. She loves to tease me." Bentak Fareeq geram. Terlepas keluhan kasar dari dalam dada.

Fayyad hanya ketawa. Dia sengaja mengusik abangnya, mahu menceriakan suasana dalam masa yang sama menunggu orang yang dinanti untuk datang.

"Assalammualaikum."

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now