Jelita menyusun pinggan dan cawan di atas meja. Pagi ini dia bangun lebih awal daripada biasa, hanya kerana mahu menyediakan sarapan pagi buat sang suami. Biarpun masakannya tidak sesedap Kak Su tetapi dia berharap Fareeq akan suka. Dia berterima kasih juga dengan Kak Su kerana sudi membantunya tatkala dia meminta pertolongan memandangkan Kak Su lebih arif di dapur.
"Harapnya dia sukalah." Pagi ini Jelita masak mi goreng buat pertama kali dalam hidupnya. Hampir putus asa tetapi dibantu oleh Kak Su.
Ting!
Jelita senyum kecil ketika mendengar loceng lif berbunyi. Bermakna Fareeq sudah tiba dari tingkat atas. Semalam pun dia tak tahu di mana lelaki itu tidur selepas mereka bertengkar.
"Abang..." Jelita mahu menyapa Fareeq tetapi lelaki itu angkat tangan membuatkan dia berhenti dari bersuara. Lelaki itu menonong jalan sambil bercakap dengan telefon.
"Abang, Jelita..." katanya mati terus ketika sang suami bergerak ke muka pintu tanpa memandang ke arahnya. Entah apa yang penting sangat orang dalam talian tu sampai tak boleh jumpa di pejabat sahaja?
"Puan, tuan dah pergi ke?" Kak Su muncul di sebalik dapur.
Jelita yang termenung melihat pintu rumah terus alihkan wajah. Kepala mengangguk lemah.
"Tuan kena cepat tu. Kalau tidak, mesti dia akan makan. Tak apalah, puan makan, ya? Tak elok tangguh waktu makan." Kak Su menggosok lengan Jelita, memujuk hati lara wanita itu. Pasti Jelita kecewa teramat.
Tidak lama kemudian, suara Fayyad kedengaran.
"Morning, Jelita!" Lelaki itu menyapa mesra sambil melambaikan tangan ke arah wanita itu.
Jelita senyum tawar. Mi goreng di atas pinggan langsung tidak luak.
"Wah, ada mi goreng! Mesti sedap ni!" Tanpa pelawa, lelaki itu sudah duduk di depan Jelita lantas mengambil mi goreng.
"Ya ampun, sedapnya! Masakan Kak Su memang tak pernah mengecewakanlah!" Puji Fayyad sambil menyuap lagi dan lagi. Nampak berselera benar!
Jelita terkebil-kebil melihat Fayyad yang makan seperti kelaparan.
"Bukan Kak Su yang masak, tapi Jelita." Sampuk Kak Su yang membawa beberapa jenis kuih lalu diletakkan di meja makan.
Suapan Fayyad terhenti. Dia merenung Jelita meminta kepastian.
"Seriuslah you masak?"
Jelita senyum lantas mengangguk.
Terbuntang mata Fayyad. Dia menepuk tangan teruja.
"Sumpah sedap! Good job, Jelita! You memang mantap!" Jari thumbs up diunjuk ke arah Jelita membuatkan wanita itu ketawa kecil. Terubat sedikit lara di hati Jelita biarpun masih terasa sakitnya.
Jauh di sudut hati, dia berharap reaksi seperti itu daripada Fareeq. Bukan daripada Fayyad.
"Lepas ni I nak rasa masakan you lagi, boleh ke?"
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀
Romance[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur...