Part 31

2.5K 151 6
                                    

Jelita membawa diri keluar daripada kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jelita membawa diri keluar daripada kereta. Dia menghembus nafas kuat lantas mengangkat kaki menuju ke tempat janji temunya dengan Danny. Sebuah hotel. Dalam perjalanannya ke sini, dia masih tertanya-tanya, apa yang terlalu penting sehingga tidak boleh ditangguh ke hari lain? Mengapa sekarang baru Danny mahu berbincang dengannya? Lelaki itu cukup membuatkan hatinya berbelah bahagi dengan bersikap begini.

Figura Danny yang menggamit tangan ke arahnya membuatkan dia mendekati lelaki itu. Di atas meja sudah terhidang makanan dan minuman. Di sudut hujung pula terdapat seorang lelaki yang sedang bermain piano. Matanya pula meliar ke sekeliling. Tiada sesiapa kecuali mereka. Benarkah Danny ada hal penting? Mengapa lelaki itu seperti sudah merancang semuanya?

"I tahu you akan datang. Come, have a sit." Danny menarik kerusi untuk Jelita. Gadis itu tidak menunggu lama terus menghenyakkan punggung di situ. Sepatah kata pun tidak keluar dari mulutnya. Masih tidak mengerti apa yang berlaku.

Danny juga turut mengambil tempat di hadapan Jelita. Sejak melihat teman wanitanya masuk ke dalam hotel, bibirnya tak mampu berhenti senyum kerana Jelita sudi berjumpa dengannya.

"You nampak cantik sangat malam ni, Jelita." Tanpa dapat ditahan, Danny memuji kecantikan Jelita yang tampak lain daripada lain.

Jelita senyum tipis. Ya, memang dia berhias malam ini untuk makan malam. Tetapi, bukan dengan Danny. Memang dia cantik malam ini untuk dipuji. Tetapi bukan daripada Danny. Mengapa harapannya seakan-akan meleset daripada kenyataan?

"You kata ada benda penting nak cakap. You nak cakap apa?" Jelita bersuara serius. Duduknya jadi tak senang setiap kali dia kerling masa di telefonnya. Sudah pukul sembilan tiga puluh minit malam.

Danny terdiam mendengar suara Jelita yang tidak seperti selalu. Namun, dibuang fikiran negatif itu jauh-jauh. Bibir tetap diukir senyuman.

"I memang ada benda penting nak cakap tapi sebetulnya, I nak ajak you keluar dinner. Kita dah lama tak spend time sama-sama, kan? I rasa malam ni waktu yang tepat untuk kita perbetulkan hubungan kita yang..."

"Yang apa?" Pintas Jelita laju. Riak mukanya berubah tegang.

Danny sekali lagi terkejut melihat reaksi teman wanitanya.

Jelita mendecit kesal. "Jadi, you telefon I tadi dan ajak I ke sini bukan untuk cakap benda yang penting pun sebenarnya, kan? Itu hanya alasan?" Dia menguraikan rambutnya ke belakang apabila ianya menutupi separuh muka.

"Bukan macam tu, sayang. I memang nak cakap sesuatu tapi I rasa kita patut spend time sama-sama dulu untuk buang rasa awkward dalam hubungan kita. Ya lah, lepas apa yang jadi, mesti kita berdua makin tak selesa dengan situasi kita." Dengan penuh sabar Danny menjelaskan niat sebenarnya mengajak Jelita ke sini.

"Tapi kenapa hari ni? Kenapa perlu malam ni?" Dada Jelita mula berombak deras. Bibir digigit menahan kemarahan yang memuncak tika ini.

Bagaimana dia tidak marah? Mengapa malam dia berjanji untuk meluangkan masa bersama Fareeq, waktu itulah Danny terhegeh-hegeh untuk bersamanya? Mengapa ketika dia tekad untuk bersama Fareeq, Danny kembali menagih cinta untuk memulihkan hubungan mereka?

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now