Part 32

3.2K 175 9
                                    

Pintu gelangsar yang memisahkan ruang bilik dan balkoni dibuka membenarkan angin malam menyeru masuk mendinginkan tubuh yang baru lepas dibersihkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu gelangsar yang memisahkan ruang bilik dan balkoni dibuka membenarkan angin malam menyeru masuk mendinginkan tubuh yang baru lepas dibersihkan. Tangan ligat mengeringkan rambut menggunakan tuala kecil. Berpakaian lengkap untuk tidur, dia hanya mengenakan baju tanpa lengan berwarna hitam dengan seluar trek hitam paras lutut. Disebabkan masih tak boleh lelapkan mata, kaki menuju ke luar balkoni. Langit malam ditatap dalam. Tanpa sedar, bibir mengulum senyum kecil tatkala teringat makan malam tadi.

Selepas mendengar kata-kata Fayyad, dia tidak yakin yang Jelita akan kembali ke pangkuannya. Dia tidak yakin yang Jelita akan berada di sisinya lagi kerana dia cukup tahu bagaimana perasaan cinta gadis itu terhadap Danny. Maka, dia tidak mengharapkan apa-apa.

Walaupun begitu, lain yang dia fikir, lain yang terjadi. Jelita sudi makan malam bersamanya malah gadis itu sentiasa tersenyum sepanjang mereka meluangkan masa bersama. Banyak persoalan yang mahu diajukan kepada Jelita tetapi ditahan daripada bertanya kerana dia rasakan waktu tidak sesuai.

Lamunan panjangnya terhenti apabila suara halus seseorang menyapa pendengaran. Mata terus menoleh ke sisi setelah didapati gadis yang sentiasa berlegar-legar dalam fikirannya sudah berada di depan mata.

"Tengok bintang tak ajak pun."

Pandangan Fareeq terhala pula ke atas. Memandang dada langit yang bertebaran dengan bintang kecil. Baru dia faham maksud Jelita.

"Tak tidur lagi?" Fareeq bersuara memecahkan hening di antara mereka.

"I rasa I ada masalah nak tidur sekarang." Jawab Jelita bernada resah. Hal itu membuatkan Fareeq juga terpalit rasa risau.

"Kenapa? Kau banyak fikir ke sampai tak boleh tidur? Kau ada masalah?" Bertalu-talu Fareeq bertanya, gaya protektif benar bagi Jelita. Dalam diam gadis itu tersenyum tipis.

"I rasa I ada masalah nak tidur sebab tak ada orang teman I dekat sebelah." Jelita membalas lagi kata-kata Fareeq. Kali ini, dia sudah tersenyum sumbing ke arah suaminya. Namun, Fareeq masih terkebil-kebil tidak mengerti.

"Kau nak berteman? Kalau kau nak, aku boleh suruh sesiapa temankan. Kak Su okey ke?" Fareeq cuba mencari inisiatif bagi masalah yang membelenggu Jelita. Dia tak mahu isterinya dalam kesusahan.

Jelita mendengus kecil. Orang nak lain, dia bagi lain!

"Kenapa? Aku ada salah cakap ke?" Bukan dia tak dengar dengusan Jelita yang kuat menampar gegendang telinganya. Takkan dia ada buat salah kot!

"Kenapa nak suruh Kak Su temankan pula? You kan ada! You suami I, kan?" Suara Jelita sudah bernada geram. Sejak bila Fareeq lembab semacam tak tahu!

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now