Sepanjang perjalanan, masing-masing mendiamkan diri. Jelita sibuk melontarkan pandangan ke luar tingkap. Danny pula fokus pada pemanduan. Hanya sesekali dia merenung di sebelahnya. Hendak menegur, tapi melihat keadaan Jelita, dia jadi berbelah bahagi. Namun, hendak membisu sahaja, dia pula tak selesa. Bagaimana Jelita boleh tenang dalam keadaan mereka yang hambar dan sepi seperti ini?
"You nak bawa I pergi mana ni?" Suara Jelita memecahkan kesunyian membuatkan Danny menghembus nafas lega. Akhirnya, Jelita bersuara. Kalau tidak, dia akan lemas duduk berdua begini dengan kedinginan gadis itu.
"Rumah I." Jawab Danny ringkas.
Jelita menoleh memandang Danny dengan renungan tajam.
"You gila ke nak bawa I ke sana? I ni masih isteri orang tau!" Jelita membentak geram. Apa Danny fikir tak pakai otak ke apa?
"Habis tu, you keluar rumah tanpa izin suami, tinggalkan suami dekat rumah, tak fikir pula yang you tu isteri orang?" Danny membidas selamba. Dia langsung tak membalas renungan Jelita, sebaliknya memandang ke hadapan.
Jelita tersentap. Tak dapat membalas kembali bicara Danny, dia merengus kasar. Tangan disilang ke dada.
"You tak perlu risaulah. Rumah I ada orang gaji. Lagipun I ada banyak rumah lain." Danny bersuara lagi.
Jeda. Bukan Jelita tak dengar apa yang Danny kata, tapi dia malas mahu membalas. Tak kisahlah duduk mana pun, asalkan ada tempat berteduh.
"You tak rasa bersalah ke tinggalkan Fareeq macam tu?" Sekali lagi, Danny membuka topik. Lebih baik mereka bercakap daripada terus dihuni rasa canggung.
"Buat apa nak rasa serba salah? I bukan cintakan dia pun!"
"Habis tu, yang you beria-ia back up dia depan I hari tu kenapa? You yang pilih untuk tinggalkan I untuk dia. Tak ingat ke, Jelita?" Masih segar di ingatannya bagaimana Jelita membela Fareeq. Dia pula yang sakit hati melihatnya. Berhari-hari dia melayan rasa terluka ini.
"Kalau I tak buat macam tu, dia takkan yakin yang I dah lupakan you. I tak pernah suka dia selama ni. Dia aje yang terhegeh-hegeh dekat I. Bila dah kena macam ni, baru dia tahu padahnya." Selamba Jelita membalas tanpa rasa bersalah. Riak mukanya jelas kosong.
Setibanya di hadapan lampu isyarat yang bertukar warna merah, Danny berhentikan kereta. Peluang yang ada itu digunakan sebaiknya dengan memandang Jelita di sebelahnya. Lama. Sehingga keluhan terlepas di bibir.
Dia tak tahu apa yang patut dia rasa ketika ini. Tipulah jika dia tidak gembira Jelita telah kembali padanya tetapi mengenangkan Fareeq yang ditinggalkan, Danny tak dapat lari dari rasa serba salah. Dia nampak dengan mata sendiri bagaimana sayangnya Fareeq terhadap Jelita. Biarpun Danny marahkan Fareeq kerana lelaki itu seolah-olah merampas haknya, Fareeq pernah menjadi sahabatnya dulu.
•••
Mata meliar di sekeliling rumah yang sangat asing baginya. Tak pernah dia sampai ke sini sementelah pula Danny tak pernah bawa dia ke sini. Ini kali pertama dia tahu di mana Danny tinggal. Biarpun tidak semewah rumah Fareeq, tetapi besar juga untuk seseorang seperti Danny yang tinggal bersendirian. Entah mengapa, dia rasa rumah tersebut suram dan sepi. Ataupun apa yang dia rasa itu lahir dari hati? Hati yang terasa suram dan sepi?
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀
Romance[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur...