Ketika semua pelajar berpusu-pusu keluar untuk rehat, dia di dalam kelas sibuk membuat ulang kaji. Memang selalunya jarang dia hendak makan di sekolah kerana mahu jimat duit. Banyak lagi benda yang boleh dibuat dengan duit belanjanya daripada dihabiskan untuk makan.
Sewaktu dia sibuk menyelak buku, seorang budak lelaki berdiri di hadapannya. Sejurus itu, dia panggung kepala memandang pelajar lelaki itu.
"Kau tak rehat ke?"
Fareeq mengerut dahi dengan persoalan tersebut. Tidak silapnya, lelaki yang berada di hadapannya ini adalah pelajar baru. Bukan apa, dia bukan peduli sangat tentang sekelilingnya. Kawan pun tak ramai, itu pun tak sama kelas.
"Tak." Balas Fareeq ringkas, biar lelaki itu tahu dia tidak berminat hendak berborak lebih-lebih.
"Kenapa tak makan?" Budak lelaki itu seperti tidak mahu pergi. Tidak habis-habis disoal Fareeq.
"Sebab aku dah makan dekat rumah." Malas-malas Fareeq menjawab. Ingatkan duduk dalam kelas ketika waktu rehat, tiada yang akan mengganggu. Rupa-rupanya sama saja.
"Aku tak makan lagi."
"Pergilah makan. Dekat kantin tu banyak makanan." Fareeq merengus kecil. Takkan nak kena bersuap kot baru nak makan?
"Aku tak ada kawan nak ajak makan." Ujar lelaki itu lagi.
Sekali lagi Fareeq mengeluh. "Tak perlu kawan pun boleh hiduplah. Kau pergi aje kantin tu, lepas tu beli makanan. Dah beli, bolehlah makan." Tak semena-mena dia kena buat tutorial beli makan pula di sini!
Pelajar lelaki itu menggeleng. "Aku nak makan dengan kau. Lagipun aku baru masuk sini. Aku tak tahu sangat selok-belok sekolah ni."
Fareeq menggaru belakang kepala. Hendak tak hendak, terpaksalah dia menurut saja. Sekejap lagi ada yang sampai ke rumah pun ikut balik. Risau!
"Iyalah! Aku teman kau makan. Jom!" Dia bukanlah sombong sangat sampai tak nak berkawan tetapi dia lebih suka menyendiri.
Pelajar lelaki itu senyum lebar.
"Nama kau siapa?" Baru dia teringat, dia tidak tanya lagi nama lelaki itu. Ketika lelaki itu baru datang ke sekolah tempoh hari, dia tak dengar sangat kerana sibuk buat hal sendiri.
"Danny. Kau?"
"Fareeq. Panggil aje, Eeq." Fareeq senyum tipis.
Sejak daripada itu, mereka berkawan rapat. Di mana ada Fareeq, di situ ada Danny. Mereka seperti belangkas. Persahabatan mereka sangat akrab sehingga Puan Insyirah dan Encik Farid juga tahu tentang mereka. Selalu juga Danny diajak untuk makan di rumahnya. Mereka belajar bersama, bermain bersama, semuanya bersama-sama. Tidak dinafikan, kehadiran Danny dalam hidupnya membuatkan dia bersyukur memiliki seorang sahabat. Susah senangnya Danny ada.
Tetapi, semua itu berubah selepas mereka tamat sekolah. Danny terpaksa ke bandar semula atas arahan papanya. Sebelum ini, Danny hanya tinggal bersama nenek. Maka, selepas daripada itu, mereka tidak lagi berjumpa sampailah lelaki itu sendiri datang ke pejabatnya.
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀
Romance[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur...