Part 28

2.7K 147 8
                                    

Fareeq angkat wajah apabila pintu bilik kerjanya ditolak kasar dari luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fareeq angkat wajah apabila pintu bilik kerjanya ditolak kasar dari luar. Kerjanya menjadi tergendala melihat riak muka gerangan yang sesuka hati melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya walaupun sudah dilarang berkali-kali. Hendak dimarah, tidak sampai hati. Tetapi, panas membara jugalah dirinya mengenangkan sikap biadab itu.

"We need to talk. Right now!" Jelita menyilang tangan ke dada. Wajahnya terbias serius. Jelaslah dadanya berombak kencang menahan emosi yang bakal meletus tidak lama lagi.

"No. We'll talk later. I'm busy right now." Balas Fareeq bernada mendatar. Dia kembali melihat kertas kerja.

"Fareeq, I serius sekarang ni! We need to talk!" Jelita bertindak menghentak meja Fareeq tanpa mempedulikan renungan tajam suaminya yang bila-bila masa mampu menerkamnya jika dia tersilap langkah.

"What?" Fareeq mengalah. Dia tahu, selagi dia membangkang, selagi itu Jelita akan mendesak. Bukan dia tidak tahu bagaimana sikap isterinya yang keras kepala.

"Kenapa I tak boleh keluar rumah?" Jelita terus ke topik utama yang membuatkan dia naik angin.

Fareeq bangun dari duduk. Nafas dihela perlahan. Kaki melangkah ke meja depannya lantas punggung didudukkan di birai meja sambil mata melirik ke arah isterinya yang masih mencerlungkan mata kepadanya.

"Fareeq, I need an answer from you. Kenapa I tak boleh keluar rumah?" Hampir terbakar hatinya apabila dia yang sudah bersiap mahu keluar pantas dihalang oleh pengawal peribadi milik suaminya. Katanya dia tidak dibenarkan keluar dari rumah untuk beberapa hari ini.

"Untuk kebaikan kau. Lagipun kita tak tahu ancaman apa lagi yang kau akan dapat kalau kau keluar nanti." Suara Fareeq kedengaran tenang.

Jelita mendengus geram. Biarpun begitu, bibir terukir senyum yang cukup sinis di mata Fareeq.

"Oh really? Ataupun sebenarnya you tak bagi I keluar jumpa Danny?!" Jelita terus menuduh melulu kerana dia yakin itu adalah alasan kukuh di sebalik tindakan suaminya. Sementelah pula, mereka tidak berada dalam keadaan baik selepas kedua-dua mereka beriak seperti orang asing semula. Fareeq yang sibuk dengan kerjanya dan dia yang leka dengan rutin hariannya di rumah.

"Bagus apa kau tak jumpa dia. Kau tu isteri orang. Jumpa dengan lelaki lain dekat luar tetap tak manis dilihat." Fareeq angkat bahu. Dia tidak rasa ianya satu masalah. Selama ini pun Jelita lebih banyak duduk di rumah.

"Lelaki lain?! He is my boyfriend, Fareeq! You tu yang lelaki lain! You sedar tak, kita ni orang asing yang dipaksa untuk bersama! Kita bukan pasangan kekasih yang saling mencintai antara satu sama lain!"

"You dan papa paksa I untuk semua ni! You dan papa yang jerat I dalam perkahwinan bodoh ni!" Tengking Jelita penuh emosi. Tidak peduli lagi dengan siapa dia berbicara. Tika ini, dia penuh dengan rasa amarah. Jelita dapat rasakan Fareeq seakan-akan mahu memisahkan dia dengan Danny sedangkan lelaki itu tahu dia amat menyayangi Danny.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now