Part 19

3.2K 169 3
                                    

Mata meneliti ke arah skrin besar yang memaparkan beberapa orang biodata musuh mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata meneliti ke arah skrin besar yang memaparkan beberapa orang biodata musuh mereka. Setiap satu daripadanya mempunyai rekod jenayah yang bukan calang-calang. Merompak, meragut, malah ada yang terlibat dalam kegiatan dadah. Tetapi, yang menghairankan adalah, mereka masih terlepas. Mereka masih belum diberkas pihak polis. Itu bermakna, ada pihak yang membela.

"Ini yang kau minta Sean carikan. Beberapa orang yang terlibat dekat tempat kejadian dan memang betul mereka semua ada rantai yang seperti Encik Hakim katakan." Ujar Fayyad, memecahkan kesunyian di antara mereka.

"Bagus, mudah kita nak cam mereka. Dapatkan lokasi mereka. Kita berkas terus. Rasanya mereka dah cukup menjadi bukti jenayah pembunuhan Datuk Jefri. Daripada mereka, kita boleh tahu lebih banyak kegiatan Kumpulan Phantom." Tegas Fareeq jatuhkan arahan.

Detektif Ray di sebelah mengangguk kecil. "Aku akan maklumkan pihak atasan dan keluarkan waran." Ucapnya pula.

"Tentang Encik Hakim, aku tak sedap hati. Aku rasa dia ada sembunyikan sesuatu. Waktu kejadian, dia ada di situ dan katanya nak ke balai polis. Tapi bila tengok rekod di balai, tak ada pun nama dia yang mengatakan dia buat laporan jenayah dekat situ."

"Kau rasa dia ada kaitan dengan Kumpulan Phantom?" Sampuk Fayyad yang seperti tahu ke mana hala tuju perbualan mereka. Dia dapat mengagak apa yang difikirkan abangnya.

"Slightly, yes. Tapi aku masih tak pasti. Alamat yang aku minta tu dah ada belum?" Perhatiannya terus dikalih memandang Sean. Lelaki itu pantas mengangguk.

"Dah. Aku dah send dekat kau detail tentang dia termasuk alamat rumah." Balas Sean, merangkap sahabat Fareeq juga yang merupakan seorang pakar IT.

Fareeq angguk. "Kita pergi sana. Aku tak nak buang masa dah." Jam tangan dikerling sebelum kaki melangkah ke muka pintu. Fayyad dan Detektif Ray juga mengikut jejak Fareeq keluar daripada situ.

•••

Pintu rumah setinggan yang sudah kelihatan usang diketuk berkali-kali. Hampir sepuluh minit terpacak di luar, masih tiada yang mahu membuka pintu. Fareeq sudah mula berjalan ke sekeliling rumah, mana tahu ada tingkap yang terbuka mahupun pintu belakang tetapi semuanya ditutup malah dikunci.

"Aku rasa tak ada oranglah." Setelah berkurun dia mengetuk pintu dan menunggu gerangan di dalam untuk membukanya, dia mula putus asa. Fayyad mengeluh kasar.

"Tak mungkin tak ada orang. Tu, kasut." Detektif Ray melirikkan mata ke arah rak yang terdapat sepasang kasut yang kelihatan seperti selalu digunakan.

"Entah-entah tu kasut lama dan dia dah tinggalkan rumah ni." Balas Fayyad, masih dengan pendapatnya.

"Tak. Kasut tu selalu digunakan. Rak tu pun nampak bersih. Langsung tak ada habuk. Kalau dah lama tinggal, mesti dah berhabuk tempat ni." Ujar Fareeq pula, di tengah-tengah perbualan mereka.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now