Part 36

2.6K 137 20
                                    

Fayyad duduk di depan meja abangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fayyad duduk di depan meja abangnya. Entah mengapa, Fareeq tiba-tiba memghubunginya dan menyuruh dia ke rumah lelaki itu secepat mungkin. Pasti berkaitan hal kerja kerana mereka berada di bilik kerja lelaki itu. Selalunya, Fareeq cuma akan berbincang soal kerja sahaja di tempat tertutup sebegini.

"Kenapa?" Soal Fayyad setelah lama suasana di antara mereka dihuni kesunyian.

"Haniya dah keluar hospital?" Tiba-tiba Fareeq teringat tentang Haniya, anak kepada Hakim yang ditahan di wad hospital sebelum ini.

Fayyad mengangguk. "Dah. Sekarang ni, dia duduk dekat tempat lebih selamat. Aku rasa, bukan Haniya sorang aje yang menjadi mangsa."

Fareeq menghulur sebuah dokumen kepada Fayyad membuatkan lelaki itu bingung sendiri. Namun, tangan tetap menyambutnya. Ketika dia membaca bait isi kandungan di dalam, matanya terbeliak luas.

"Phantom bukan sahaja membekalkan senjata api tanpa lesen, memproses dan mengedar dadah..."

"Tapi, Phantom juga menjalankan perniagaan pemerdagangan manusia." Sambung Fayyad yang baru sahaja menghabis baca kandungan di dalam dokumen tersebut. Kertas di tangan diselak berkali-kali untuk memastikan apa yang dia baca itu bukan ilusi semata.

"Lebih tepat lagi, pemerdagangan wanita." Pintas Fareeq yang sudah membuat siasatan terlebih dahulu.

Fareeq mengunjuk ke arah gambar seorang wanita yang dipamerkan di atas meja.

"Haniya ialah salah satu daripadanya."

Fayyad melepaskan keluhan berat.

"Masalah dia sekarang ni, kita kena dapatkan bahan bukti setiap perniagaan yang mereka jalankan. Contohnya, untuk pemerdagangan wanita. Pasti mereka ada bahan ugutan yang digunakan untuk mengugut mangsa sehingga mangsa terpaksa menurut. Kalau kita tak hapuskan bahan tu, tak mustahil ianya boleh tersebar luas dan lebih teruk, dimuat naik dalam laman web haram."

"Kita kena gunakan orang dalam." Ujar Fayyad dengan ideanya.

Fareeq mengeluh. Dia bangun dari duduk.

"Aku takut mereka boleh syak sebab Phantom adalah kumpulan yang besar dan berpengaruh dalam dunia gengster. Mereka takkan mudah-mudah terima orang untuk masuk dalam kumpulan mereka." Fareeq kurang bersetuju dengan cadangan adiknya.

"Habis tu? Kita dah tak ada cara lain. Sekarang ni, ketua kumpulan tu pun kita tak tahu siapa. Informasi tentang mereka terlalu sulit. Susah untuk kita dapatkan profile orang-orang kuat Phantom."

"Kita kena guna orang dalam, Eeq." Sekali lagi, Fayyad cuma memujuk Fareeq untuk mengikut cadangannya.

"Siapa yang nak jadi orang dalam? Aku tak nak korbankan anak-anak buah aku. Besar risikonya, Yad." Berdenyut kepalanya memikirkan jalan penyelesaian. Mereka hampir ke garisan penamat tetapi jika mereka tersilap langkah, mungkin mereka akan tersungkur dan gagal. Dia takkan biarkan perkara sebegitu terjadi. Mereka sudah bersusah payah untuk berada sejauh ni, tak mungkin mahu gagal begitu sahaja?

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now