Perut yang membukit dielus perlahan sambil keluar dari lif. Kenyang betul dia lepas makan tengah hari tadi. Kak Su masak banyak dan wanita itu memaksanya untuk habiskan. Rasanya, dia susah nak kawal makan lepas ini. Kak Su masak sedap sangat.
Jelita hentikan langkah ketika matanya menangkap tubuh Fareeq yang baru keluar dari sebuah bilik asing. Bilik itu selang dua bilik daripada bilik mereka. Sudah lama dia perasan, Fareeq kerap ke bilik itu sedangkan bilik kerja lelaki itu ada di bawah. Habis itu, bilik apa pula dekat sana tu?
Setelah memastikan Fareeq sudah pergi, Jelita ambil kesempatan itu untuk ke sana. Dia mahu lihat sendiri isi di dalam bilik itu sehingga Fareeq kerap kali ada di sana. Ada satu hari, seharian suaminya tidak keluar. Entah apa yang seronok sangat berada di dalam tu?
"Entah-entah bilik tu dia simpan semua benda pasal scandal dia selama ni?" Tebak Jelita sendiri.
Api cemburu mula marak dalam hati. Cepat langkah Jelita dibawa ke situ sebelum tombol pintu dipegang. Hati mula berbelah bahagi. Patutkah buka? Agaknya Fareeq akan marah ke? Tapi kalau tak buka nanti menyesal nak tahu. Tapi kalau buka, tak apa, kan? Dia ada hak juga sebab dia isteri lelaki itu. Tak mengapa, kalau Fareeq marah, dia lawan semula. Hehehe...
Sebaik saja dia membuka pintu tersebut, suis lampu dicari. Bilik tersebut menjadi terang-benderang apabila suis dibuka. Mata Jelita terbuntang besar menyaksikan apa yang ada di depan mata. Mulut juga ternganga luas sebelum tangan naik menutupnya.
Dia tidak menyangka ini yang dia akan lihat. Rupa-rupanya, bilik ini dihias sebagai bilik anak mereka nanti. Banyak barang bayi yang sudah disusun di dalam rak. Terdapat juga baju-baju bayi yang tergantung kemas di dalam almari. Katil bayi bersaiz sederhana besar juga ada disusun di hujung sudut bilik, lebih dekat dengan cahaya matahari apabila langsir dibuka. Diletak juga katil queen di tepi babycot.
Bilik yang bertemakan warna brown nude membuatkan hati Jelita tersentuh. Bagaimana dia boleh tak tahu bilik ini wujud? Sejak bila Fareeq menghias bilik ini?
"Finally..."
Kaki Jelita kaku mendengar suara dari arah belakang. Tiba-tiba dia seperti lupa hendak bernafas.
"Finally, kau masuk juga bilik ni." Fareeq berdiri tidak jauh daripada Jelita.
Jelita pusing lambat-lambat menghadap suaminya. Bibir digigit perlahan sambil wajah cuba diangkat untuk memandang Fareeq. Aneh, wajah Fareeq tampak tenang. Tiada tanda-tanda yang lelaki itu akan marah.
"Abang..." Dia mati kata. Masih terkejut dengan kewujudan bilik ini.
"Ingatkan nak bagi kejutan lepas bersalin nanti tapi sebab kau dah tahu sekarang, enjoy ajelah." Fareeq ketawa kecil. Dia mendekati sang isteri. Menatap mata Jelita dalam-dalam.
"Jelita minta maaf tak sengaja masuk bilik ni." Perlahan Jelita pinta.
"Kenapa nak minta maaf? Bilik ni akan jadi bilik Jelita juga nanti bila anak kita dah lahir." Balas Fareeq lembut. Mendengarkan nada suara lelaki itu yang sangat lembut, membuatkan jiwa Jelita terpujuk. Sudah lama Fareeq tidak bercakap selembut itu.
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀
Romance[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur...