Part 38

2.1K 128 14
                                    

Habis sehingga ke pelosok rumah dia mencari figura Fareeq tetapi tidak ditemui

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Habis sehingga ke pelosok rumah dia mencari figura Fareeq tetapi tidak ditemui. Entah di mana lelaki itu pergi. Dia yakin Fareeq tidak ke mana-mana kerana kereta lelaki itu ada di dalam garaj. Bermakna memang Fareeq tiada kerja luar. Lelaki itu ada sahaja di rumah tetapi tidak tahu di mana kedudukannya.

"Kak Su!" Fayyad menjerit nama Kak Su sambil menuruni tangga.

Tanpa sahut, sekali lagi dia menjerit nama ketua pembantu rumah Fareeq.

"Ya, ya Tuan Fayyad!" Kak Su yang berada di tingkat dua menyahut sebaik sahaja kelibat Fayyad berada di tangga aras dua kelihatan. Dengan cemas dia berlari mendapatkan Fayyad.

"Eeq mana?" Fayyad mencekak pinggang sambil menunggu jawapan daripada Kak Su. Tercungap-cungap dia mencuri nafas yang kian tidak teratur.

"Rasanya Tuan Fareeq ada dalam bilik gim dia. Kak Su nampak semalam." Beritahu Kak Su perlahan. Dia dapat rasakan mood Fayyad kurang baik, sama seperti Fareeq. Agak-agaknya apa yang terjadi? Adakah mereka bergaduh dua beradik?

Sebut tentang Fareeq, Kak Su mula risau melihat sikap pasif majikannya. Sementelah pula, sudah lama dia tak nampak kelibat Jelita. Selalunya, Jelita akan berkeliaran dalam rumah dan tidak melepaskan peluang untuk mengganggu kerjanya di dapur. Tetapi, kediaman mewah itu menjadi sunyi sepi pula sekarang. Takkan Fareeq dan Jelita hanya mahu berkurung sahaja dalam bilik?

"Semalam?!" Terbuntang biji mata Fayyad mendengarnya.

"Saya tak tanya semalam, Kak Su. Saya tanya hari ni." Fayyad tekankan bicaranya supaya Kak Su lebih memahami kehendak soalannya.

"Tuan Fareeq memang tak keluar bilik sejak semalam, Tuan Fayyad. Kak Su pun tak tahu apa yang dia buat dalam tu. Bilik tidur dia gelap dari semalam. Tuan Fareeq langsung tak keluar bilik gim tu untuk makan. Kalau Kak Su datang, dia suruh pergi. Kak Su pun tak tahu kenapa dengan Tuan Fareeq." Jelas Kak Su panjang lebar.

Fayyad menghembus helaan nafas berat. Tanpa membalas bicara Kak Su, dia angkat kaki mencari bilik gim.

Tangan membuka kasar pintu bilik gim yang tidak berkunci. Mata serta-merta menangkap kegelapan sahaja. Cahaya yang masuk di balik celahan langsir pun tidak terlalu terang.

Buk!

Fayyad toleh kepala pantas apabila telinga menangkap bunyi sesuatu. Semakin dekat dia menghampiri bunyi tersebut, dia dapat mendengar helaan nafas kasar seseorang pula. Kaki laju merapati.

"Fareeq!" Fayyad melangkah laju ke arah Fareeq yang tidak berbaju. Dia menarik tubuh tegap abangnya ke belakang sehingga Fareeq terundur beberapa tapak.

"Tepilah! Jangan kacau aku!" Tempik Fareeq berang.

"Kau gila ke, Eeq?!" Fayyad menolak bahu Fareeq daripada mendekati dinding.

"Aku cakap ke tepi, kau tak faham ke?!" Disebabkan Fayyad menghalang pergerakannya, Fareeq terlepas tumbukan di rahang adiknya.

Fayyad terteleng ke tepi setelah menerima tumbukan Fareeq. Buat pertama kali seumur hidup, Fareeq bertindak kasar seperti ini dengannya. Tanpa kata, Fayyad merenung abangnya tajam. Rahang yang terasa sengal tidak dihiraukan.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now