Epilog

3.7K 179 24
                                    

Sebaik saja doktor membenarkan mereka melawat, Fareeq dan seluruh keluarga masuk ke dalam wad yang ditempatkan Jelita dan anak mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik saja doktor membenarkan mereka melawat, Fareeq dan seluruh keluarga masuk ke dalam wad yang ditempatkan Jelita dan anak mereka.

Ketika Fayyad, Puan Insyirah dan Encik Farid masuk, mereka terus mencari anak Jelita dan Fareeq yang diletakkan di katil bayi.

Lain pula bagi Fareeq. Lelaki itu terus mendapatkan isterinya.

"Sayang..." Fareeq menggenggam tangan isterinya lalu dikucup kekura tangan bertalu-talu.

"How do you feel, sayang?" Pipi Jelita diusap lembut.

Jelita senyum tipis. Jelas matanya kuyu kerana keletihan.

"I'm good, abang."

"Ada sakit dekat mana-mana ke?" Risau betul jika isterinya ada sakit lagi.

"Tak. Tak sakit dah." Setiap soalan Fareeq dijawab tanpa lelah.

Fareeq mengucup dahi isterinya pula.

"Abang tak nak tengok anak kita ke? Dia orang semua kerumun dekat anak kita tu." Jelita menjuih bibir ke arah Fayyad dan keluarga mertuanya.

"Abang lebih pentingkan isteri abang ni."

Jelita senyum terharu. Berbunga-bunga hatinya kala ini.

"Sayang dah ada nama ke untuk anak kita?"

Jelita mengangguk kecil. "Waktu Jelita mengandung, Jelita teringin nak namakan anak kita, Fatima. Boleh ke, abang?"

Fareeq diam seketika sambil berfikir. Tidak lama kemudian, dia mengangguk.

"Boleh. Jelita Fatima. Sedap juga, kan?"

Jelita mengangguk juga sambil senyum lebar.

"Nanti abang daftarkan nama tu, ya?"

"Eeq, dah iqamat belum?" Puan Insyirah menyampuk membuatkan kedua-dua mereka mengalih perhatian.

"Belum, mak." Fareeq bangkit dari duduk.

"Abang iqamatkan anak kita dulu, okey?"

Jelita mengangguk. "Baik, abang."

•••

Fayyad berlari setelah keluar dari lif. Ketika dia mendapat panggilan daripada Fareeq, terus dia pecut ke hospital takut ada kecemasan. Nada suara Fareeq juga kedengaran gelisah dan takut. Kebetulan dia baru lepas hantar Puan Insyirah dan Encik Farid di rumah abangnya tadi.

"Bang!" Fayyad melangkah masuk dengan berhati-hati apabila menyedari yang Jelita sedang tidur.

"Apahal lambat sangat? Sini!" Fareeq menggamit adiknya.

"Kenapa? Ada masalah ke?"

"Ada! Besar masalah ni!" Fareeq bersuara resah.

"Kenapa?"

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now