Part 47

2.9K 163 12
                                    

Tidak berkelip mata dia memandang dari jauh Fayyad yang membawa Jelita ke taman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tidak berkelip mata dia memandang dari jauh Fayyad yang membawa Jelita ke taman. Selepas berjumpa dengan doktor, dia duduk dahulu di taman kerana mahu mengambil angin. Sementelah pula, penat ke hulur ke hilir tadi. Tak sangka pula dia akan nampak figura isterinya di depan mata. Sudah tiga hari mereka tidak bersua. Rindu? Entah. Mungkin tidak lebih daripada perasaan marah.

Apa pun alasan Jelita, tetap tidak membenarkan perbuatan wanita itu. Dia tahu dia sekurang-kurangnya memberi peluang untuk isterinya menjelaskan perkara sebenar. Tetapi, dia tak dapat menahan perasaan marah ketika berhadapan dengan Jelita. Lebih baik dia mengambil masa untuk meredakan kemarahan dahulu sebelum lebih teruk dia menyakiti sang isteri.

Dia rasa dipermainkan ketika Jelita berbuat demikian. Kerana dia berusaha siang dan malam untuk memastikan wanita itu sentiasa di sisi. Bagaimana Jelita boleh berlakon seolah-olah membencinya hanya kerana mahu dia melepaskan wanita itu pergi untuk menjalankan rancangan yang semestinya tanpa persetujuannya?

Dia tidak pernah meminta wanita itu masuk campur. Dia tak mahu Jelita terlibat kerana ianya berbahaya. Tetapi mengapa Jelita tidak mengerti? Sesukar mana pun masalah, dia tak mahu isterinya merasai kesusahannya sekali.

"Fayyad, jangan kacau I lah!" Suara Jelita kedengaran ketika wanita itu cuba menjauhkan muka daripada Fayyad. Lelaki itu mengusik Jelita dengan menarik rumput di situ lantas dibuang ke arahnya.

"Mana ada I buat! Tangan I yang buatlah!" Dia masih meneruskan perbuatannya sambil ketawa puas hati dapat melihat wajah cemberut Jelita.

"I boleh berdiri nanti I kejar you sampai dapat." Ugut Jelita geram.

"Nak tunggu you berdiri, I sempat makan kuaci lagi tau!" Sindir Fayyad. Disebabkan kandungan Jelita baru hendak pulih, wanita itu tidak digalakkan untuk banyak bergerak. Disebabkan itu, Jelita harus berhati-hati untuk membuat sebarang pergerakan.

"Ish you ni!"

Berdetak kencang dada Fareeq melihat kemesraan adiknya dengan Jelita. Dia membenarkan Fayyad melawat, bukan meluangkan masa bersama-sama seperti pasangan bahagia. Ada yang nak kena nanti ni...

"Seronok kau usik bini aku, ya? Kau tunggu nanti, Yad." Desis Fareeq sendiri.

Biarpun dia cemburu melihat cara Fayyad melayani Jelita tetapi dia percaya, tidak lebih daripada itu. Dalam masa yang sama, dia bersyukur kerana Fayyad sudi menjaga isterinya. Dia tak pernah meminta, tetapi lelaki itu yang suka rela. Sekurang-kurangnya dia tahu isterinya dijaga dengan baik. Selama ini, dia yang menjaga Jelita. Sekarang, biarlah dia menjaga dari jauh sahaja. Dia tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Fayyad, I penat gelak tahu tak? Dahlah tu kacau I!"
Jelita masih ketawa sambil menjauhkan dirinya daripada Fayyad.

"Aik, you gelak? Tadi marah bukan main. You yakin ke you tak ada kad lain selain IC?" Usik Fayyad lagi.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now