Part 44

1.6K 101 3
                                    

Mata kuyunya terkebil-kebil memandang pemandangan di depan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata kuyunya terkebil-kebil memandang pemandangan di depan mata. Semalaman dia tak dapat tidur dengan lena. Ini semua angkara si jantung hati. Si jantung hati yang tidak tenang memikirkan sang suami yang tidak pulang ke rumah. Sepatutnya dia tak peduli, tetapi sekarang, dia yang berlebih-lebihan risaukan Fareeq.

"Haih, takkan dia tak balik lagi!" Duduk di balkoni pagi-pagi buta hanya kerana mahu menunggu sang suami pulang. Dari tingkat atas dia boleh lihat pintu pagar depan. Jika Fareeq sudah pulang, pasti boleh dilihat kereta yang memasuki perkarangan rumah.

"Memang tak reti nak balik rumah ke mamat ni? Entah-entah..." Jelita menekup mulut sambil membulatkan mata.

"Entah-entah apa-apa jadi dekat dia masa kerja. Sebab tu dia tak balik lagi sekarang." Wajarlah dia berfikiran sebegitu kerana jam menunjukkan angka sebelas pagi, Fareeq masih tidak menunjukkan bayang.

"Ish, dia mesti balik tukar baju kalau ya pun nak sambung kerja! Tapi kenapa tak balik lagi?" Daripada semalam dia bermonolog sendiri.

"Entah-entah dia sakit sampai tak larat bangun sebab tu dia tak boleh balik rumah? Aduh, macam mana ni?" Jelita mula gelisah sambil berjalan mundar-mandir di koridor.

Seperti baru terhentak ke dinding, Jelita kerutkan muka.

"Eh, kejap! Kenapa kau kisah sangat apa-apa jadi dekat dia? Kau bukan cintakan dia pun, kan? Kau tak ada rasa apa pun dengan dia sebenarnya! Kau berlakon suka aje selama ni! Kau lupa ke, Jelita Adra?" Wanita itu memarahi diri sendiri yang terlalu merisaukan Fareeq sedangkan dia tiada perasaan terhadap lelaki itu.

"Tapi..." Jelita mengeluh perlahan sambil menggigit ibu jari.

Lamunan Jelita yang tidak henti berperang dengan fikiran sendiri terus terhenti apabila telinga mendengar deruman kereta Fareeq yang mengaum kuat. Dengan perasaan teruja, Jelita toleh memandang kereta Fareeq yang baru memasuki perkarangan rumah.

"Ha, balik pun!" Tanpa wanita itu sedar, dia tersenyum lebar.

Jelita terus berlari masuk ke dalam bilik lantas berdiri di depan pintu bilik yang menghubungkan biliknya dengan Fareeq. Telinga didekatkan ke situ, mahu dengar jika Fareeq sudah masuk ke dalam bilik.

"Ish, kau ni! Dia baru parking kereta, takkan cepat sangat naik bilik!" Jelita marahkan diri sendiri yang terlebih teruja seperti menghendap seseorang.

Jelita urut dada perlahan sambil menarik dan menghembus nafas kuat. "Okey, sabar... kejap lagi dia akan naik. Sabar, okey Jelita? Sejak bila tak sabar ni?"

Hampir beberapa minit berlalu, Fareeq masih belum masuk bilik memandangkan tiada bunyi pintu kedengaran di bilik sebelah.

"Ish, apa yang lama sangat dekat bawah tu? Tak reti nak naik bilik ke? Dahlah seharian tak balik, dengan kerja lagi, takkan tak penat?" Jelita membebel sendiri seperti dapat membayangkan wajah Fareeq di depan mata.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now