Part 30

3.5K 171 17
                                    

Keluhan berat dilepaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keluhan berat dilepaskan. Pelipis kepala diurut seketika. Beberapa keping gambar di atas meja direnung kosong. Setiap satu gambar tersebut adalah figura seorang gadis. Sekeping gambar yang berada tidak jauh daripadanya dicapai. Diamati dalam-dalam sebelum dia membuat keputusan untuk menghubungi seseorang.

"Helo?" Pemanggil dalam talian bersuara.

"Betul, Haniya adalah salah seorang daripada mereka." Ujarnya kepada pemanggilnya.

Telinga menangkap decitan kesal dari pemanggilnya. "Aku dah agak! Maksudnya Haniya tak menipu. Lelaki itu memang kurang ajar! Macam mana Jelita boleh suka dia?!"

Fareeq menggeleng. "Dia bukan Fredo, Yad. Dia bukan Fredo."

"What?" Hampir tak terdengar suaranya. Mungkin tidak menyangka yang tekaan mereka akan meleset.

"Sebelum diorang rancang nak bunuh Datuk Jefri, malam tu, suspek ada call seseorang yang diyakini Fredo. Bila aku tengok nombor telefon tu, itu cuma telefon yang disewa. Dan lokasi Fredo tak sama dengan lokasi dia." Beritahu Fareeq, selepas bertungkus lumus dia mencari maklumat.

"Kau pasti ke? Kau sendiri kata, Hakim dah terangkan, Fredo ialah anak David dan David cuma ada seorang anak. Siapa lagi kalau bukan dia, Eeq?"

Fareeq angguk. "Aku pasti dia bukan Fredo. Cuma kita masih tak tahu siapa dia. Tapi aku takkan berhenti jejaki dia sampai dapat tahu identiti sebenar dia. Lagipun, kita tak boleh percaya bulat-bulat apa yang Hakim cakap. Mungkin Hakim pun tak tahu sepenuhnya."

"Fredo bukan Danny, Yad." Sambung Fareeq lagi selepas sesaat menyepi.

Fayyad mengeluh lagi. "Kau lega?"

Fareeq terdiam mendengar soalan adiknya. Pandangan dihalakan ke luar jendela. Kegelapan langit yang hanya ditemani bulan tanpa bintang malam ini.

"Dia kawan aku. Sebagai kawan, ya aku lega bukan dia yang buat walaupun kita tak tahu siapa dalang di sebaliknya."

"Tak apalah, kita akan cari sama-sama siapa dalang semua ni. Tapi kau dah bersedia kalau kebenaran terbongkar nanti?"

Fareeq menelan liur perit. "Ini bukan tentang aku. Ini tentang Jelita."

"Kenapa dengan I?"

Tertoleh kepala Fareeq ke daun pintu apabila suara seorang gadis muncul di situ. Duduknya bertukar tegak. Wajah jelas menunjukkan dia tak menyangka kemunculan Jelita di pejabatnya tengah-tengah malam begini.

"Nanti aku call kau balik." Ucap Fareeq kepada Fayyad sebelum pantas dia mematikan talian.

Jelita angkat kedua-dua kening, menanti jawapan daripada suaminya. Dia tahu dia sedang buat kerja gila. Memandu tengah-tengah malam ke sini semata-mata mahu berjumpa dengan Fareeq. Alang-alang tak boleh tidur. Lebih baik dia ke sini kerana fikirannya tidak henti memikirkan lelaki itu. Kata-kata Fayyad cukup menghantui malamnya.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now