Part 8

5.4K 284 9
                                    

Deruman kereta mengaum kuat membelah jalan raya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Deruman kereta mengaum kuat membelah jalan raya. Ketika melalui perkarangan bangunan pencakar langit, tayar beroda empat itu mula berhenti. Keluar daripada kereta, beberapa orang pengawal bersut hitam sudah beratur di muka pintu menanti ketibaan bos mereka.

Pintu kereta dibuka dari luar. Seorang lelaki yang juga bersut hitam memboloskan diri daripada kereta tersebut. Kaca mata hitam yang tergantung di hidung dibetulkan. Kunci kereta dibaling ke arah salah seorang pengawal yang menanti paling hadapan sebelum disambut dengen tangkas. Apabila kunci tersebut bertukar tangan, lelaki bertubuh tegap itu melangkah ke arah pintu masuk dengan penuh karisma. Kereta mewah miliknya dipandu oleh pengawal tadi untuk diletakkan di tempat kenderaan.

"Fayyad dah sampai?" Soalnya tanpa nada. Ketika ini mereka sedang menghampiri lif. Salah seorang pengawal peribadinya menekan butang sebelum pintu lif terbuka.

"Dah, tuan. Tuan Fayyad tunggu tuan di bilik mesyuarat."

Fareeq mengangguk tanpa membuka mulut. Ketika dia memasuki lif, hanya tiga orang pengawal yang mengambil posisi di belakangnya, yang lain menunggu di luar lif sehingga tuan mereka selamat sampai ke tingkat atas.

"Tuan Fareeq kita dah sampai!" Suara Fayyad memecahkan kesunyian di dalam bilik mesyuarat tersebut setelah Fareeq melangkah masuk. Jelas bergurau.

"Any info?" Fareeq terus mengambil tempat duduk di kerusi empuknya. Beberapa orang pekerja atasannya dipandang silih berganti. Kaca mata hitam sempat disimpan sebelum masuk sebentar tadi.

"Mestilah ada. Sebelum masuk mesyuarat, pastikan ada informasi dan maklumat yang berguna untuk dibentangkan di hadapan Tuan Fareeq. Tak begitu, tuan?" Fayyad mengangkat keningnya dua kali. Nada suara seperti berloyar buruk biarpun riak muka ditayang serius.

Fareeq menjungkit senyum sinis, hanya sesaat. Dia membetulkan kot hitamnya sambil mata menatap pandangan Fayyad dengan tajam sekali.

"Bahagian ICT dah cuba dapatkan rakaman CCTV yang ada di sekitar kawasan tu dan ada sesuatu yang kamera dapat rakam." Fayyad menekan butang di komputer ribanya sebelum skrin projektor mula memaparkan video berdurasi hampir tiga minit.

Tajam sepasang mata milik Fareeq merenung skrin yang jelas merakam segala adegan yang berlaku termasuk kejadian Datuk Jefri ditembak tanpa dapat diduga.

Dapat lihat dengan jelas Fareeq cuba mengawal riak muka walaupun dada semakin berkocak dengan amarah. Ketika butir peluru itu mula menembus masuk ke dalam tubuh Datuk Jefri, bunyi tembakan bergema kuat membuatkan Fareeq menutup mata, tak sanggup melihat Datuk Jefri rebah di tengah jalan itu.

"Stop the video." Arah Fareeq dengan suara tenggelam dek emosi yang mengasak.

Laju Fayyad menekan butang sebelum video tersebut berhenti serta-merta.

"Bila kita tengok dengan lebih dekat, kita dapati ada saksi di tempat kejadian dan kemungkinan besar dia tahu siapa yang menyerang waktu tu. Tapi kita semua memang yakin tak ada orang lain lagi selain Kumpulan Phantom yang diketuai anak David sekarang ni lepas kematian David beberapa tahun lepas," ujar Sean pula, Ketua Pegawai Operasi bahagian ICT. Ketika ini, dia mula zoom ke arah lelaki yang sembunyi di sebalik van putih.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang