Part 48

2.5K 152 9
                                    

Baru selesai mengemas dapur, Fareeq keluar dari situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baru selesai mengemas dapur, Fareeq keluar dari situ. Ketika itulah dia terserempak dengan Kak Su yang baru keluar dari lif sambil mengangkat dulang makanan dan minuman yang masih tidak berusik.

"Kenapa, kak?" Soal Fareeq ingin tahu.

"Puan minta saya letak dekat meja makan. Dia nak makan dekat bawah."

"Haih, kan baru keluar hospital, banyak bergerak pula. Macam-macam kerenahlah!"

Kak Su senyum. "Kak Su rasa puan bosan duduk dalam bilik. Yalah, dekat hospital pun terperap. Dah balik rumah, mestilah dia nak ruang yang lebih besar." Kak Su berjalan ke meja makan lalu meletakkan makanan dan minuman di atas meja.

Fareeq mahu bersuara lagi tetapi mendengar loceng lif berbunyi menandakan seseorang dari tingkat atas telah tiba di tingkat bawah, terus Fareeq bergerak ke ruang tamu. Bibir berdeham perlahan.

"Kak Su, maaflah kalau I susahkan akak." Jelita menghampiri Kak Su.

"Tak ada apalah. Ni Kak Su dah sediakan. Puan makan, ya?"

"Urm..." Jelita melilaukan mata ke sekeliling sehingga dia melihat ke arah suaminya yang khusyuk melihat telefon. Wajah tertayang serius. Mungkin hal kerja.

"Kenapa, puan? Puan ada nak apa-apa lagi?"

Fareeq yang buat-buat sibuk, sesekali mengerling ke arah isterinya yang sedang bercakap dengan Kak Su.

"Urm... kalau I nak Kak Su temankan I makan, boleh? Bosanlah makan sorang-sorang." Jelita mencebik bibir, meminta simpati. Mahu meminta pertolongan daripada Fareeq, lelaki itu seperti sibuk. Tak mahulah diganggu. Nanti kena marah pula.

Kak Su senyum lalu mengangguk. "Mestilah boleh. Tapi Kak Su teman aje tau. Puan jangan suap akak pula. Akak dah makan tadi."

Jelita ketawa lantas mengangguk. Setelah melabuhkan duduk, Jelita mula menyuap pasta ke mulut. Ketika itulah matanya terbuka besar.

"Kenapa, puan?" Tak sabar Kak Su mahu tahu pendapat Jelita. Sedap atau tidak?

Bukan sahaja Kak Su, Fareeq di ruang tamu pun tak sabar mahu tahu komen Jelita tentang masakannya. Malu kalau tak sedap!

"Kak, sedapnya! Kak Su yang masak ke?" Jelita kembali meneruskan suapannya. Entah mengapa, masakan ini membuatkan selera Jelita terbuka serta-merta.

Fareeq sembunyi senyum. Dia kembali memberi fokus pada telefon seolah-olah tidak menghiraukan perbualan isterinya dengan Kak Su.

Kak Su mengerling seketika ke arah Fareeq yang tidak menghiraukan mereka, selepas itu dia mengangguk perlahan.

"Ha'ah. Kak Su baru teringat puan suka makan pasta, kan? Kebetulan ada ikan salmon dalam peti ais. Itu yang Kak Su masak." Waktu inilah mindanya laju mereka alasan.

Jelita mengangguk seperti burung pelatuk. Mulutnya penuh dengan makanan.

"Baguslah kalau puan suka. Puan makan banyak-banyak, ya?" Dia sedia tahu, sejak Jelita pulang, selera wanita itu semakin berkurang. Kalau dia masak, takkan pernah habis wanita itu makan. Mungkin kerana susah hati. Ataupun, tak kena dengan tekak ibu mengandung.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now