Part 25

3K 144 6
                                    

Mata sesekali mengerling ke sebelah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata sesekali mengerling ke sebelah. Suasana di dalam kereta ketika ini seperti berada dalam dewan peperiksaan. Sunyi sepi, hanya ada bunyi pendingin hawa sahaja. Kalau begini, sesiapa pun tak berani hendak bersuara.

Jelita di sebelah direnung. Gadis itu hanya melontarkan pandangan ke luar tingkap. Sesekali gadis itu menyandarkan kepala di tingkap. Entah apa yang seronok di luar sehingga Fareeq di sebelah langsung tidak menjadi perhatian.

Fareeq berdeham perlahan bagi menggamit perhatian Jelita tetapi isterinya masih sama. Kaku menghadap ke luar tingkap. Oleh itu, sekali lagi dia berdeham.

"Kalau you nak cari gaduh dengan I, you batalkan aje lah niat you. I tak ada mood sekarang ni!" Suara Jelita bernada mendatar, memecahkan hening di antara mereka. Bukan dia tidak dengar, Fareeq tidak habis-habis berdeham dan buat bunyi pelik-pelik hanya mahu menarik perhatiannya. Fokus sahaja memandu tak boleh ke?

"Kau cakap apa aje dengan Anis tadi? Nampak serius." Itulah soalan yang dia mahu ajukan kepada Jelita. Bukan dia tidak perasan apabila melihat dua orang wanita di pangkin saling bertegur atau lebih tepat saling berdebat antara satu sama lain.

"Habis tu? You nak I berpeluk, bergelak ketawa dengan dia sampai terkeluar anak tekak ke?" Baginya, soalan Fareeq langsung tidak berasas. Terang-teranglah serius kerana mereka tidak mempunyai hubungan yang baik. Tidak pernah dibuat orang, bekas kekasih suami dan sang isteri boleh duduk berborak satu meja sambil bergelak ketawa seperti dunia ni mereka yang punya.

"Tak adalah sampai macam tu tapi apa yang korang borakkan? Dia kacau kau ke? Dia serang kau dulu, kan?" Bertalu-talu soalan dilontarkan dengan suara yang agak risau.

"Ex you tu dah gila. Selagi tak dapat you, selagi tu dia kacau. Macamlah dalam dunia ni tak ada lelaki dah! Entah apa yang cacat otak sangat nak dekat laki orang!" Membebel Jelita seorang diri. Muncung terus bibirnya apabila teringat kembali kejadian sebelum mereka pulang tadi.

Tidak dapat tidak, Fareeq senyum melihat Jelita membebel. Nampaklah dia penting untuk gadis itu. Kalau tak, pasti ianya tak memberi kesan pada Jelita.

"You kenal dia dekat mana, hah? Waktu bercinta dulu tak check ke entah-entah dia ada masalah mental ke? Bila dah berpisah, mulalah meroyan macam hilang laki. Dengan perempuan macam tu pun you boleh suka. You have a very bad taste, Fareeq!" Kutuk Jelita selamba.

"Dulu aje, sekarang tak." Sampuk Fareeq perlahan, mengundang kerutan di dahi Jelita.

"Now, I have a very expensive taste. Don't you think so?" Dia mengerling Jelita di sebelah dengan tatapan sinis.

Jelita terkedu sebelum merengus kasar. Nak mengusik lagilah tu!

"Dahlah, I nak tidur! Jangan kacau I! Dah sampai nanti kejut." Jelita menyelesakan diri. Tangan disilang ke dada. Mata terkatup selepas itu.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now