Tangan lincah menyediakan sarapan pagi yang ringkas. Terlajak tidur selepas menunaikan solat Subuh, pukul sepuluh pagi baru tersedar. Inilah padahnya jika tidur lambat. Hendak buat bagaimana, hati sedang bahagia sehingga tidak pedulikan malam yang semakin menghampiri siang.
Roti yang siap dibakar dipindahkan ke pinggan. Sebelum ke ruang makan, sempat dicapai teko panas yang berisi air teh. Dibawa bersama-sama ke meja makan. Pinggan disusun untuk dua orang makan. Begitu juga cawan.
Perbuatannya yang tadi leka terus terhenti setelah tersedar tangan yang merangkul pinggangnya dari belakang. Mahu menjerit tetapi hati seakan-akan menegah apabila suara seseorang yang rapat di belakangnya menjengah cengkerang telinga.
"A very good morning, ma'am."
Jelita tersenyum indah mendengar suara serak basah itu. Pasti baru bangun dari tidur. Ah, seksi!
"Good morning, sir." Tangan Jelita mengusap pipi sang suami. Tidak mahu dilepaskan, Fareeq semakin kejapkan pelukannya. Dagu direhatkan di bahu Jelita.
"Kenapa tak kejut? Rasa nak marah tadi bangun tak ada orang dekat sebelah." Bibir mencebik persis budak kecil. Jelita ketawa melihatnya.
"Sebab kita dah lambat nak sarapan. Tengoklah jam dah pukul berapa tu." Jelita memuncungkan bibir ke arah jam dinding. Fareeq pula langsung tidak melihat ke arah yang ditunjuk isterinya. Dia ralit merenung seraut wajah Jelita.
"You looks more stunning without make up." Lain yang diucapnya. Kata-kata Jelita tadi bagai angin lalu sahaja.
Pipi Jelita mula berubah merah apabila dipuji sebegitu. Dia cuba untuk menyembunyikan senyuman.
Fareeq senyum nakal. Dia kemudian alihkan mata ke arah meja makan. "Kau sediakan semua ni? Kak Su mana?" Dia melilaukan mata mencari bayang ketua pembantu di rumahnya.
"Kak Su tak ada. Hari ni I bagi Kak Su cuti." Selamba Jelita membalas. Dia mengangat kedua-dua kening seraya tersenyum.
"Kenapa?"
"I yang akan take over dapur hari ni." Entah apa yang kelakar, dia ketawa di akhir katanya.
"Kau nak masak?" Fareeq memandang sisi wajah Jelita dengan riak tidak percaya.
Jelita mengangguk teruja.
"Tak payah susah-susah. Kita makan dekat luar hari ni." Fareeq senyum kecil melihat kesungguhan isterinya.
Terus berubah muka Jelita. "Kenapa pula? You nak cakap I tak pandai masak ke?" Nada suara kedengaran tak puas hati.
"Bukan macam tu. Aku nak bawa kau keluar hari ni sebab alang-alang aku minta cuti. Aku tengok kau dah jarang pergi shopping, spa semua. Aku nak temankan kau hari ni." Fareeq melepaskan rangkulannya di pinggang Jelita. Dia mengambil tempat di salah satu kerusi.
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀
Romance[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur...