Sepasang mata hitam menjalar ke segenap tubuh tegap yang masih tidak menyedari kehadirannya. Ketika dia melalui bilik ini, kebetulan pintu depan terbuka sedikit. Hati yang seperti menghasut membuatkan dia ayunkan langkah ke sini. Tak sangka pula dapat melihat pemandangan yang cukup menarik di depan mata.
Jelita sandarkan sisi tubuh ke dinding pintu kaca sambil memerhatikan Fareeq sedang berlatih menembak. Tidak dinafikan, ketika kali pertama dia mengetahui kewujudan bilik ini, dia agak gerun. Namun, apabila melihat sendiri suaminya yang sedang memegang pistol, membuatkan dia semakin tertarik.
Bang!
"Nice shot." suara halusnya menyentak Fareeq yang duduk di hadapannya. Jelita yang daripada tadi memerhatikan belakang tubuh suaminya, menjungkitkan senyum senget.
"Ah, enjoy the view, don't you?" sarkastik Fareeq membalas. Pistol yang berada di tangannya diletak di meja depannya. Ketika dia memusingkan seluruh tubuh menghadap Jelita, tangan disilang ke dada. Mata tajam merenung segenap wajah Jelita.
'He loves to show his muscles...' getus Jelita sekadar dalam hati. Meliar matanya merenung tubuh Fareeq yang tersarung sleeveless berwarna hitam yang agak ketat sehingga tersembul sedikit six pack lelaki itu.
"Kau nampak tertarik dengan apa yang kau tengok. Want to join me?" suara serak basah Fareeq memecahkan kesunyian. Bukan dia tak perasan mata Jelita yang meliar ke seluruh tubuhnya. Bad girl!
"You mafia ke?"
Suasana menjadi sunyi. Lebih hening daripada tadi. Fareeq agak terkedu dengan persoalan isterinya. Tak berkelip biji matanya merenung wajah polos Jelita.
Tak lama kemudian, ruangan itu pecah dengan tawa Fareeq. Lelaki itu siap tekan perut lagi, punyalah terhibur dengan 'soalan' isterinya. Jelita yang melihat pun terkedu. Tak pernah-pernah Fareeq gelak sampai macam itu sekali. Selalunya, hendak senyum pun payah.
"Aku tak sangka kau ada bakat melawak sebenarnya."
"I tak buat lawak dan I serius sekarang ni." balas Jelita laju. Sakit pula hati melihat Fareeq mentertawakannya. Gila gamaknya!
"Okey, okey... tapi, apa yang membuatkan kau rasa macam tu?" ujar Fareeq, selepas tawanya reda. Tiba-tiba abdomennya terasa sakit kerana terlalu banyak gelak.
Jelita angkat kedua-dua bahu. "Sebab you selalu dikelilingi bodyguards, simpan senjata dalam rumah, kaya raya, cuma..."
Fareeq mengangkat kening menanti isterinya menghabiskan bicara. Kaki pula disilang gagah.
"Cuma... you tak main perempuan." sambung Jelita perlahan tetapi masih boleh didengari Fareeq.
Decitan kecil pecah. "Aku tak buat aktiviti murahan macam tu. I'm good enough without doing all that."
Ternaik hujung bibir Jelita. Arrogant yet attractive...
"Come. Aku ajar kau cara nak menembak. Mana tahu ada masa sesak, kau boleh guna."
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀
Romance[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur...