Special Chapter 1

2.8K 135 17
                                    

Langsir putih yang menutupi cahaya luar ditarik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langsir putih yang menutupi cahaya luar ditarik. Wajah terhias dengan senyuman ketika dia menoleh ke arah katil. Sang suami yang masih lena bersama anak-anak mereka. Ya, mereka telah memiliki dua orang anak selama empat tahun ini dan sepanjang hidup mereka selama ini, mereka menikmatinya dengan baik sekali.

Jelita Fatima. Anak kecil itu telah menginjak usia empat tahun. Sudah petah bercakap, bermacam kerenah yang pastinya akan memeningkan kepala mereka sekeluarga. Tetapi, yang paling rajin melayannya adalah Pak Su mereka, iaitu Fayyad. Gelaran yang sentiasa lelaki itu guna kepada anak gadis mereka ialah 'princess'. Katanya Fatima merupakan puteri di hatinya.

Anak kedua mereka, Faaeq Isyraq, telah berusia setahun enam bulan. Ketika dia mengandungkan Faaeq, dia telah aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sudah tentu dengan keizinan sang suami. Disebabkan dia terlalu banyak masa di rumah, dia mula tertarik untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NGO sehingga dia berminat untuk terus melibatkan diri. Namun, kesibukan kerja tidak membuatkan dia mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Dia masih memberikan sepenuh perhatian kepada mereka.

"Abang..." Jelita duduk di birai katil. Dia mahu mengejut suaminya tetapi dua orang anak kecil mereka telah berkepit dengan papa mereka. Seorang berada di atas dada, seorang lagi di bawah ketiak. Dan dia? Terpaksalah mengalah.

"Abang... bangun. Dah nak pukul sepuluh ni." Kejutnya lembut. Wajah sang suami dielus penuh kasih sayang.

Dahi Fareeq berkerut-kerut sebelum matanya tercelik kecil.

"Bangun, abang..."

"Ya, sayang?" Suara Fareeq yang serak basah kedengaran. Lelaki itu merenung kuyu ke arah isterinya lalu tersenyum kecil. Tubuh Jelita ditarik sehingga wanita itu terbaring di sisinya.

"Abang, kita kena bangun!" Jelita ketawa kecil melihat suaminya menutup mata. Waktu inilah dia mahu 'mengusik' suaminya. Pucuk hidung Fareeq dimain-mainkan sehingga lelaki itu membuat muka.

"Sayang, jangan usik-usik abang. Abang penat ni layan anak-anak kita semalam. Dia orang buli abang tau!" Ujar Fareeq yang masih mengatup mata.

"Siapa suruh abang layankan dia orang? Padan muka!" Jelita gigit bibir mengingat semula bagaimana Fareeq dijadikan 'bahan uji kaji' oleh anak-anak mereka.

"Kalau abang layankan sayang, tambah seorang lagi anak kita nanti." Balas Fareeq dengan suaranya yang meleret-leret. Nampak sangat mengantuk tu!

Jelita kemam bibir daripada hamburkan tawa. Pipi Fareeq dikucup sekilas.

"Abang, bangunlah. Semalam kata nak bawa kita orang pergi shopping. Jelita pun dah lama tak beli handbag. Banyak tau handbag keluaran terbaru."

Fareeq senyum mendengar suara manja isterinya. Kalau nak handbag, bukan main lembut suaranya.

"Ya, abang bangun. Tapi ni, anak-anak kita pun tidur lagi. Macam mana abang nak bangun?"

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now