Part 39

2.1K 121 8
                                    

Kaki menekan pedal minyak tanpa menekan handbreak sehingga menghasilkan bunyi bergesel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki menekan pedal minyak tanpa menekan handbreak sehingga menghasilkan bunyi bergesel. Tangan menggenggam stereng sambil mata menatap tajam ke hadapan. Jalan litar yang sunyi ditelan kegelapan tidak mengganggu gugatnya. Masih segar di ingatan, dia berada di sini bersama Jelita ketika mereka adakan perlawanan kereta. Jelas di pandangan mata betapa terujanya wanita itu setelah dapat mengalahkannya. Dan, buat pertama kali, dia rasa sangat gembira ketika berada dalam kekalahan kerana dia berkesempatan untuk melihat senyuman dan kebahagiaan yang terpancar di wajah jelita milik isterinya.

Namun, siapa tahu itu hanyalah topeng semata-mata demi menutup wajah sebenar? Dia pula terlalu cepat lalai dan leka sehingga jatuh dalam godaan wanita itu. Terkadang dia terfikir, salahkah mencintai isteri sendiri? Salahkah membuka hati untuk isteri sendiri? Salahkan memberi peluang untuk diri sendiri mencintai dan dicintai?

Dia tahu dia perlu menerima kenyataan tetapi hatinya masih tidak mampu. Hatinya masih mengingati momen ketika mereka saling mencipta kenangan bersama biarpun dalam suasana dan keadaan yang sederhana.

"Aku takkan biarkan kau tinggalkan aku, Jelita. Sama ada kau mati ataupun kau hidup dengan aku. Aku lebih rela tengok kau terseksa dengan aku daripada bahagia dengan orang lain." Ujarnya sendiri, bagai dapat melihat bayangan isterinya di depan mata.

Nafas berubah laju sebelum dia menekan handbreak. Tidak lama kemudian, kereta mewah miliknya bergerak laju mengikut jalan litar tersebut. Entah di mana hala tujunya, kerana di fikirannya, dia seperti dapat melihat dirinya dan Jelita yang sedang mengadakan perlawanan kereta. Dia akan pastikan dia yang mendahului permainan ini. Seolah-olah dia takkan membiarkan Jelita mengalahkannya seperti sebelum ini.

"Kau takkan menang, Jelita. Kau takkan menang!" Jerit Fareeq keras dan bengis.

Pon!

Bunyi hon kereta di belakang mengejutkan Fareeq tetapi tidak pula dia menghentikan pemanduannya. Sebaliknya, dia semakin menekan pedal minyak mencipta kelajuan semaksima mungkin tanpa dia sedar kereta yang berada di belakangnya tadi sudah berada seiring dengannya.

"Fareeq! Berhenti!" Jerit Fayyad yang berada di kereta sebelah. Dia cuba mendahului Fareeq untuk hentikan kegilaan lelaki itu. Bukan dia tak perasan, Fareeq memandu dengan kelajuan yang tidak masuk akal tanpa hala tuju.

"Fareeq! Berhentilah! Kau gila ke?!" Disebabkan dia membuka bumbung kereta seperti Fareeq, Fareeq dapat mendengar suara adiknya tetapi dia langsung tak mengendahkan.

"Ah, tak boleh jadi!" Fayyad menekan pedal minyak sekuat mungkin untuk mendahului kereta Fareeq. Untuk beberapa ketika dia mencuba, akhirnya dia berada di depan abangnya sehingga Fareeq melanggar benteng di tepi kerana tidak sempat menekan brek dan mahu mengelak daripada melanggar kereta Fayyad.

Fayyad pantas keluar daripada kereta lantas mendapati abangnya yang masih berada di dalam kereta. Kolar baju Fareeq dicekak geram sehingga kepala Fareeq yang tersandar pada stereng terangkat memandang kuyu ke arah Fayyad.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now