Prolog

2.1K 79 1
                                    

*****

Tersedu sedan seorang gadis diatas katil. Dirinya hanya dilitupi dengan comforter sahaja. Dapat dilihat diatas lantai berteraburan bajunya dan lelaki yang ia tidak mengenali.

Mendengar bunyi pancuran air yang telah ditutup di dalam bilik air membuatkan si gadis mulai takut.

Bunyi tolakkan pintu membuat si gadis semakin berdebar dan memegang seerat mungkin comforter menutup tubuhnya, keluar seorang jejaka tinggi lampai yang hanya memakai tuala dipinggang dan rambutnya agak basah.

Terus si jejaka menoleh memandang si gadis diatas katil yang masih tersedu sedan. Tersenyum sinis si jejaka melihat baju yang bersepah diatas lantai. Sejam yang lepas dia telah meragut kesucian si gadis tanpa belas kasihan.

*****
Beberapa jam sebelum.

Meronta-ronta si gadis bila mana ada tangan yang menarik tubuhnya. Ia cuba untuk melawan tapi kudrat seorang perempuan tidak mampu.

Dirinya ditarik masuk ke bilik dan ditolak jatuh ke atas katil. Ia cuba untuk bangun tetapi si jejaka terus menindihnya.

Si gadis cuba menolak tapi tidak mampu hanya tangisan yang mampu ia lakukan. Bila mana baju ditubuhnya ingin dikoyakkan si gadis mengeleng tidak mahu tapi si jejaka buat tidak peduli.

Tangisan dan rayuan si gadis menjadi melodi bila mana maruahnya diragut tanpa belas kasihan tiada siapa yang mendengar jeritan dan rintihannya.

*****
Deringan telefon menyentakkan si jejaka dari lamunannya, terus ia melangkah mendapatkan telefonnya.

"Hmm.." gumam si jejaka. Dia masih melihat si gadis yang masih mengigil ketakutan.

"Aku kat bilik. Asal?"

"Woo.. Jangan cakap kau dah buat."

"Settle aku menang pertaruhan ni balik KL ingat perjanjian korang berdua."

Pemanggil tersebut hanya gelak dan mengangguk walaupun si jejaka tidak nampak.

"Settle bro. Chau sorry ganggu kau tengah sedap."

"Gila."

Terus si jejaka melangkah kearah bajunya yang terdampar diatas lantai.

Diambil bajunya lalu disarung ke tubuh kekarnya.

"Ke.. Kenapa saya?"

Suara halus si gadis menyentakkan si jejaka yang sedang menyarung seluarnya.

"Ke.. Kenapa saya?" soal si gadis lagi.

"Sebab kau barang pertaruhan aku dengan kawan aku." ujar si jejaka ringkas.

Jawapan si jejaka membuatkan air mata yang mula kering mula bergenang kembali.

Mengeluh si jejaka bila mana si gadis sambung menangis serabut dia dengar.

"Boleh tak kau diam menangis je tahu! Kau nak aku rogol kau lagi ke ha! " jerkah si jejaka.

Si gadis terus mengigil ketakutan. Sedaya upaya bibirnya ditutup untuk menahan esakkannya keluar.

Merengus si jejaka sebab tu dia tak suka nak menghadap perempuan sangat sebab ni je nak menangis.

"Saya benci awak." bisik si gadis perlahan.

Siap sahaja menyarung bajunya dan mengambil barangnya si jejaka terus beredar tanpa sebarang kata lagikan maaf.

Melihat si jejaka keluar pergi, air mata yang ditahan sejak tadi mula mengalir deras. Digosok-gosok tubuhnya menghilangkan rasa jijik.

Melihat bajunya yang koyak membuatkan ia semakin merintih sakit di tepuk dadanya berkali-kali kerana sakit.

Ketika ini ia sedar masa depannya telah musnah dan dia mula takut dengan apa yang akan terjadi nanti.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now