Bab 21

1.1K 36 4
                                    

Tangisan yang cuba ditahan tidak mampu membuatkan Cahaya tidak henti tersedu sedan. Kini ia duduk melutut memeluk kakinya sambil tangannya memegang kemas comforter menutup tubuhnya yang tidak dilitupi apa-apa. Memandang sahaja ke lantai membuatkan tangisan Cahaya pecah sekali lagi bila melihat bajunya dan baju si lelaki yang tidak dikenali bertaburan diatas lantai. Cahaya terasa jijik dengan tubuhnya sendiri.

Qaf pula selesai sahaja ia mengerjakan tubuh si gadis terus ia melangkah ke bilik air.

Mendengar bunyi pancuran air yang telah ditutup didalam bilik air membuatkan Cahaya takut, ia takut jika tubuhnya dikasari sekali lagi. Bunyi tolakkan pintu membuatkan Cahaya makin berdebar dipegang seerat mungkin comforter untuk menutup tubuhnya dari dilihat sekali lagi oleh sang jejaka. Tubuhnya masih bergetar menahan tangis serta sakit. Cahaya lebih rela menunduk dari menatap wajah sang jejaka.

Keluar sahaja dari bilik air Qaf hanya mengenakan tuala yang melilit pinggangnya sahaja dan rambutnya masih basah kerana ia hanya mengeringkan ala kadar. Terus Qaf menoleh memandang Cahaya diatas katil yang masih tersedu sedan. Terlakar senyuman sinis diwajahnya apabila melihat tompokkan darah diatas cadar tilam menandakan dara si gadis telah diragut olehnya. Dan tergeleng Qaf melihat bajunya dan si gadis berteraburan dilantai.

"Kotorlah baju aku!" desis Qaf. Tak semena Qaf teringat kembali kejadian beberapa jam lepas, buat pertama kali ia meratah tubuh seorang gadis dan membuatkan ia tersenyum sinis.

Baru sahaja ia mahu mengingati kejadian tadi, deringan telefon menyentakkan dirinya. Laju langkahnya merapati sisi meja untuk mendapatkan telefonnya, Cahaya pula berusaha melindungi tubuhnya bila mana Qaf menghampirinya untuk mengambil telefon disisi meja.

Sambil mengangkat telefon Qaf masih memerhati tubuh Cahaya yang mengigil ketakutan bila ia datang menghampiri.

"Hmm.."

"Aku kat bilik. Asal?" Ujar Qaf sambil ia melangkah untuk duduk di birai katil.

"Woo.. Jangan cakap kau dah buat."

"Settle aku menang pertaruhan ni balik KL ingat perjanjian korang berdua." menyampah Qaf bila mana ia mendengar gelak tawa Hadi dan Wafi seronoklah tu bila dia dah sama-sama terjebak.

"Settle bro. Chau sorry ganggu kau tengah sedap." belum apa-apa terus Qaf meletakkan panggilan malas nak dengan Wafi mengarut dan malas nak dengar diaorang gelak.

"Gila." ujarnya perlahan.

Tanpa berlengah Qaf meletakkan telefonnya diatas katil dan terus ia bangun melangkah kearah bajunya yang terdampar diatas lantai. Dikibas-kibas terlebih dahulu sebelum disarung ke tubuh kekarnya.

Cahaya masih menunduk kerana tidak berani untuk memandang wajah si jejaka. Tapi mulutnya laju bertanya sesuatu.

"Ke.. Kenapa saya?" soalnya perlahan.

Mendengar suara halus yang berbicara menyentakkan Qaf yang ingin menyarung seluarnya. Dia hanya memandang sekilas gadis yang diatas katil tanpa berkata apa-apa dan ia menyarung semula seluarnya.

"Ke.. Kenapa saya?" tidak mendengar jawapan dari lelaki tersebut buatkan Cahaya bertanya seklai lagi.

Qaf pula laju membalas penat kalau asyik dengar soalan tu banyak kali. Ringkas dan bersahaja jawapannya seperti tiada apa-apa.

"Sebab kau barang pertaruhan aku dengan kawan aku."

Mendengar jawapan dari lelaki tersebut membuatkan air mata Cahaya yang baru mengering mula bergenang kembali di pelopak mata. Qaf pula apabila mendengar Cahaya mula ingin menangis buatkan ia mengeluh dan tak suka rasa serabut kat telinga dia.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now