Bab 39

885 44 3
                                    

Masuk sahaja ke dalam restoran Cahaya hanya duduk diam dia rasa betul-betul tak tenang sampai nak mendongak pun dia tak berani bukan apa kalau dongak je dia akan dapat melihat wajah Tengku Qaf.

Tengku Qaf dalam sibuk berbual dengan Dato Khalid sempat juga ia merenung Cahaya yang sejak tadi hanya menunduk.

"Uncle dapat tau Qash baru balik sini" soal Dato Khalid.

"Ya uncle baru sebulan saya balik. Ni pun dah banyak kerja kat office." balas Tengku Qaf sambil tersenyum.

"Kerja-kerja juga Qash kesihatan tu jaga." pesan Datin Nuha manakala Tengku Qaf hanya tersenyum sahaja.

"Nak larang dia kerja pun tak boleh Nuha sama je macam Arslan workaholic."

"Biasalah Suma... Nanti kalau dah ada family sibuk dengan family ni tengah single kerja je."

"Itu saya setuju uncle." sokong Tengku Qaf buat mereka semua tergelak.

Cahaya masih tekun menghadap makanan dipinggannya orang sekeliling berbual pun dia seakan tidak sedar.

Jantungnya sejak dari tadi laju berdegup lagi bila mana dia tahu lelaki yang bergelar Qash tau akan dirinya. Dia kalau boleh nak lupakan bukan ingatkan.

"Kalau Qash free datanglah rumah aunty?" pelawa Datin Nuha.

"Insyallah aunty kalau tak sibuk saya datang." balas Tengku Qaf sopan.

Datin Nuha pula rasa teruja melihat sikap anak temannya rasa mahu jodohkan sahaja Qash dengan Cahaya. Tapi dia tahu Cahaya tak akan setuju, tapi sejak tadi dia tengok Cahaya banyak senyap dan menunduk dia terasa macam Qash dan Cahaya ada apa-apa.

Thaqif yang duduk disisi Cahaya hanya diam tapi dalam diamnya dia memerhati gerak geri lelaki tersebut dan mama nya seperti orang yang saling mengenali.

Tidak terusik langsung makanan diatas meja kerana Cahaya lebih banyak temenung. Tepukkan di lengannya membuatkan ia kembali sedar kealam nyata terus ia mendongak, tak taulah nak cakap apa bila dongak semua memandang kearahnya terasa janggal pula.

"Cahaya ok tak tu?" soal Dato Khalid prihatin ialah mana tidaknya senyap aje. Dah lah senyap asyik menunduk sahaja dia perasan lagi tadi cuma tak nak tegur sahaja. Tapi bila dah asyik dikuis-kuis sahaja makanan didalam pinggan tu risau juga dia.

"Ok ayah. Penat sikit sebab tulah agaknya." balas Cahaya sambil tersenyum dia tak nak risaukan hati kedua orang tua angkatnya. Mendengar tutur lembut dan sopan dari Cahaya buat Tengku Summayah tertarik dengan keperibadian Cahaya. Dia pun tahu kisah hidup Cahaya dari Datin Nuha semuanya yang baik-baik soal Thaqif Tengku Summayah tak mahu ambil tahu baginya Thaqif anak istimewa dan dia juga sedar kehadiran Cahaya memberi kegembiraan buat teman baiknya Datin Nuha.

"Tak selesa ke ada saya?" soal Tengku Qaf pada Cahaya. Laju Cahaya menggeleng dia tak tahu nak balas apa dia takut kalau dia bersuara, suaranya akan kedengaran gugup.

"Biasanya kami makan berempat, jarang ada lelaki lain selain uncle dan Aqif seganlah tu sebab tu diam." balas Dato Khalid. Tanpa siapa sedar Cahaya mengengam erat tangannya yang berada diatas peha sedaya upaya ditahan dirinya untuk kekal tenang dia takut bila dia tak mampu tenang akan buat orang sekelilingnya risau.

Tengku Qaf hanya merenung Cahaya dari ekor matanya. Dia tahu dan pasti Cahaya takut atau terkejut bila tau akan dirinya serta ia mengenali Cahaya. Dari jauh juga ia merenung seraut wajah Thaqif yang leka dengan makanan diatas pinggan tiba-tiba hatinya dihurung sebak.

Lama juga mereka berborak sekitar jam 7 malam baru lah mereka beransur untuk pulang. Sempat Tengku Qaf bertukar no telefonnya dengan Dato Khalid bila mana Dato Khalid tertarik dengan perniagaan yang dijalankan Tengku Qaf.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now