Bab 67

674 63 17
                                    

Tak rasa tenang Cahaya untuk duduk dalam keadaan baik. Hatinya betul-betul rasa berdebar bila mana sekarang ini ia sudah duduk diatas pelamin dengan di sisinya turut ada Datin Nuha.

"Ish! Duduk diam-diam." ujar Datin Nuha sambil menepuk peha Cahaya. Gelisah sangat tak tahu ke dia tu jadi perhatian agakanya.

"Cahaya takut." bisik Cahaya.

"Istighfar. Insyallah nanti tenang, dah kejap lagi akad nikah nak mula. Kalau takut sangat gengam tangan ibu." ujar Datin Nuha buatkan terus Cahaya menarik tangan Datin Nuha untuk digengam. Datin Nuha pula hanya menggeleng melihat telatah Cahaya takut sangat.

Dalam pada ia takut dan risau matanya meliar melihat sekeling tak sengaja matanya terberhenti dihadapannya. Dari atas pelamin dapat Cahaya lihat Tengku Qaf yang duduk dimeja berhadapan dengan ayah dan abang kandungnya. Manakala disisi tengku Qaf pula ada Dato Khalid dan Tengku Arslan.

Cahaya tak tahu apa yang Tengku Qaf bincang bersama Walidnya yang membuatkan Walidnya setuju untuk hadir ke majlis penikahannya. Dan Cahaya betul-betul bersyukur bila keluarganya turut ada di majlis pernikahannya. Terkejut juga dia tadi ketika melangkah masuk ke dalam dewan bila ia dapat melihat keluarga kandungnya turut ada.

Memilih TMZ Renaissance Hotel untuk majlis pernikahan serta persandingan dalam satu hari. Sekitar jam 10:30 pagi majlis akad nikah akan berlangsung.

Cahaya cantik berbusana kurung modern dengan warna cream peach sedondon dengan Tengku Qaf yang memakai baju cekak musang.

Untuk majlis akad nikah hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat atas permintaan Cahaya. Lagi pula ia segan dengan kehadiran ramai tetamu dan untuk bersandingan Cahaya terpaksa akur bila mana dia tidak dapat elak dengan kehadiran ramai tetamu dari kenalan keluarga Tengku Qaf dan kenalan keluarga angkatnya.

Dari atas pelamin juga Cahaya dapat melihat Ummi dan kakaknya tapi dari raut wajah mereka Cahaya dapat lihat mereka seperti terpaksa menghadiri majlis akad nikahnya. Cahaya hanya mampu tersenyum dari luaran dalamnya sedikit rasa terkilan bila di hari bahagianya dia tidak dapat berkongsi rasa bahagia dengan keluarga kandungnya.

Thaqif? Dapat Cahaya lihat sang anak kacak dan bergaya dengan sepersalinan baju cekak musang berwarna cream peach juga. Duduk dibawah bersama pembantu peribadi Tengku Qaf.

Keadaan mula sunyi bila akad nikah sudah mahu bermula. Berpasang lensa kamera mula terarah pada Tengku Qaf dan Cahaya untuk merakam momen pernikahan mereka. Dari atas pelamin Cahaya rasa sebak bila Haji Al-Eismail sudah menghulurkan tangannya pada Tengku Qaf menandakan sebentar lagi ia bukan lagi milik keluarganya.

"Tengku Qash Farhan Bin Tengku Arslan."

"Ya, saya." sahut Tengku Qaf.

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuan ku Cahaya Elidra Binti Al-Eismail dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan emas dibayar tunai."

"Aku terima nikahnya Cahaya Elidra Binti Al-Eismail dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan emas dibayar tunai." sambut Tengku Qaf dengan sekali lafaz.

"Sah."

"Sah."

"Sah."

Kedengaran saksi menyetujui ikatan itu. Lantas, doa dialunkan oleh seorang imam.

Tanpa dipinta air mata Cahaya mula gugur membasahi pipi. Bila mana melihat Tengku Qaf selesai melafazkan akad. Kini tanggungjawabnya semakin berat sebagai seorang isteri.

Terasa dakapan yang begitu erat pada tubuhnya dari Datin Nuha. Hajah Asiah pula dari bawah terasa sedikit cemburu bila tidak dapat merasa memeluk tubuh sang anak dihari bahagianya.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now