Bab 6

767 31 1
                                    

Pulang sahaja dari kolej terus Cahaya naik ke bilik badan dia penat dan letih, lagi-lagi exam untuk last semester dah nak dekat.

Ketukkan di pintu menyentakkan Cahaya yang sedang berbaring diatas katil.

Terus ia bangun menuju ke pintu. Buka sahaja pintu wajah ummi menghiasi pandangan.

"Masuk ummi." ajak Cahaya.

Terus Hajah Asiah masuk kedalam bilik anak gadisnya dan melabuhkan punggung dibirai katil.

"Ada apa ummi?" ujar Cahaya sebaik sahaja ia melabuhkan punggung disisi sang ibu.

Terus Hajah Asiah mengambil tangan Cahaya lalu digengam erat.

Perlahan-lahan si ibu cuba mengungkap kan sesuatu.

"Macam ni walid cakap kat ummi yang anak Haji Ahmad nak meminang adik, jadi adik?"

Soalan si ibu membuatkan Cahaya hampir mengeluh ingatkan dah tak akan tanya rupanya tanya lagi.

Nak menolak tapi tak tau macam mana tengok muka ummi dan walidnya berkenan sangat dengan Ustaz Qayyum.

"Macam ni bagi adik masa, boleh ke?" ujar Cahaya lembut.

"Boleh nanti ummi cakap dengan walid. Ummi keluar dulu ya." pesan Hajah Asiah sebelum keluar.

Melihat kelibat sang ibu sudah keluar Cahaya mengeluh dan cepat-cepat ia istighfar "Astafirullah-alazim".

"Dah Cahaya baik awak mandi lepastu solat dan berdoa mohon petunjuk." bisik Cahaya sendiri.

Terus Cahaya bangun melangkah ke penyidai mengambil tualanya dan masuk ke dalam bilik air.

Hampir setengah jam Cahaya keluar dari tandas dengan lengkap berbaju t-shirt labuh dan berseluar tracksuit.

Terus ia melangkah ke penyidai mengantung tualanya dan kemudian ia mengambil sejadah dan telekung di bentang sejadah terlebih dahulu kemudian ia menyarungkan telekungnya.

Harini agak awal pulang kolej jadi Cahaya melaksanakan solat asar dirumah sahaja.

Selesai mengerjakan solat asar Cahaya menandah tangan memohon doa.

"Ya Allah... Hamba menadah tangan memohon keredaan mu Ya Allah, hamba memohon ampunilah dosa seluruh ahli keluarga ku Ya Allah. Lindungi hamba dan keluarga hamba dan sentiasa tunjukkan kami jalan yang diredai dan diberkati mu Ya Allah... Ya Allah jika ia jodoh yang terbaik buatku dekatkan lah dia padaku dan jika bukan jauhilah ia dariku... AminYarabal-Alamin."

*****

Pulang sahaja kerja Qaf memilih untuk pulang ke penthouse miliknya.

Qaf cuba elakkan diri dari daddy nya malas ia mahu bertikam lidah lagi.

Penthouse milik Qaf dibina dikawasan bukit, kurang kejiranan kerana Qaf lebih suka kawasan yang sunyi. Jarak rumahnya ke rumah lain lebih kurang 1 jam.

Siap dibina pada hujung tahun lepas, keluasan rumahnya lagi luas dari Tengku Arslan, memiliki 4 tingkat, kolam renang, porch kereta bawah tanah serta memiliki laman yang luas.

Menggunakan konsep mewah dengan menggunakan warna hitam putih untuk menunjukkan pendiriannya. Tiada pembantu rumah kerana Qaf lebih suka bersendirian dia hanya akan mengupah pekerja untuk mengemas dan membersihkan rumahnya.

Serta banglo Qaf memiliki ciri keselamatan yang tinggi. Pagar utama dijaga oleh 3 orang pengawal dan untuk orang luar masuk ke dalam agak susah.

Rumahnya pula dikunci menggunakan cap jari dan kata laluan.

"Selamat petang Tengku?" ujar salah seorang pengawal. Mereka saling menunduk kepada Qaf 

"Petang." balas Qaf seringkasnya.

Terbuka sahaja pintu pagar laju Mercedes Benz milik Qaf masuk ke halaman rumah di pakir kenderaannya di basement rumah.

Dapat dilihat kereta mewah dan motorbike milik Qaf tersusun di parking bawah tanah.

Tanpa berlengah Qaf mematikan enjin dan melangkah ke arah lift untuk naik ke tingkat 3.

Buka sahaja pintu bilik, automatic lampu terpasang. Pemandangan bilik agak suram kerana Qaf memilih warna hitam.

Diletak brief case diatas sofa, dibuka laci bersebelahan katil dan diambil sebatang rokok. Terus ia melangkah ke balkoni.

Di kepit batang rokok pada jarinya diletakkan pada bibir dan dinyalakan lighter pada muncung rokok. Disedut rokok tersebut dan dihembus asap tersebut.

Tidak semena Qaf teringat punca dia dan Tengku Arslan tidak rapat.

*****

17 tahun lepas.

Ketika ini Qaf yang berusia 11 tahun baru sahaja pulang dari sekolah. Tidak semena dia mendengar pertelingkahan antara walid dan nenda.

Sepatutnya dia pulang pukul 5 petang tapi kelas menunggang kuda terpaksa dibatalkan. Jadi 2:30 dia sudah pulang ke rumah.

"Cukup ummi!!!" tengking Tengku Arslan.

"Dah lama Ar sabar, ummi suka gunakan Ar untuk kepentingan ummi!" tekan Tengku Arslan.

"Dulu Ar sanggup sakitkan hati isteri Ar demi kepuasan Ummi. Kali ni Ummi bangkit kan perkara yang tak perlu diingati lagi. Ummi tak ada rasa serba salah ke kat Maria."

"Demi sikap tamak Ummi! Maria dan Summayah terpaksa tanggung dan Ar tersepit Ummi."

"Maria terpaksa makan hati sebab Ummi. Dan Ar sendiri lukakan hati dan perasaan Maria dengan cinta palsu Ar."

"Itu semua sebab dia bodoh. Dia tak tahu ke kita gunakan dia untuk dapatkan anak dari dia." angkuh Tengku Kalsom berkata.

"Dia tak bodoh sebab Ar dia jadi macam tu, dia sanggup korban kan nyawa dia demi nak lahirkan Qaf."

"Ar rasa bodoh bila dia call minta bantuan tapi Ar abaikan bila Ummi hasut Ar yang dia curang hakikatnya ummi yang rancang." tekan Tengku Arslan.

"Ar tak dapat nak bagitahu yang Ar sayangkan dia dan Ar nak minta maaf kat dia. Ummi tau tak!" lantang Tengku Arslan berbicara.

"Dia memang patut mati, perempuan tak ada harga diri. Perempuan kampung, miskin." hina Tengku Kalsom.

"Maknanya mummy bukan ibu kandung Qaf?" soal satu suara kecil.

Terkedu Tengku Arslan dan Tengku Kalsom. Mereka sama sekali tidak perasan kehadiran Qaf disitu.

"Tak adalah." ucap Tengku Kalsom sedaya upaya dia memujuk Qaf, mana tidak Qaf merupakan satu-satunya cucu tunggal lelaki. Dia tidak suka kepada Maria bukan Qaf.

"Qaf dah dengar jangan tipu! Qaf benci walid dan nenda!"

Sejak dari itu hubungan Qaf dan ahli keluarganya mula renggang. Dia lebih suka menyendiri dan beku.

*****

Mengigati kejadian yang lepas buat tangan Qaf kuat mengengam besi balkoni.

Sehingga kini ia masih tidak mengetahui gerangan yang bergelar ibu kandungnya.

Sudah banyak penyiasat yang Qaf upah untuk mengetahui salahsilah keluarga ibu kandungnya tapi diakhiri dengan pencarian tanpa penghujung hanya pusara ibu sahaja yang Qaf temui.

Dilenyek rokok yang belum habis diatas tray dan Qaf terus masuk ke dalam.

Badannya sudah mula berlenggas kerana lambat mandi. Kepalanya pening dengan pelbagai perkara.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now