Sekitar jam 11 pagi mereka tiba di perkarangan rumah banglo Dato Khalid.
Sepanjang perjalanan Cahaya lebih banyak diam dan termenung itu yang Tengku Qaf perasan.
"Aqif masuk dulu tau, Papa nak bincang sesuatu dengan mama." ujar Tengku Qaf.
Tanpa berlenggah Thaqif hanya mengangguk dan terus melangkah turun dari kereta. Memastikan Thaqif sudah masuk kedalam rumah barulah Tengku Qaf menoleh memandang wajah Cahaya disisinya.
"Kau ok tak?" soal Tengku Qaf risau juga bila dah diam dan termenung je.
"Ok." balas Cahaya perlahan.
"Kita dah sampai tau sebenarnya."
"Ouh..."
Menggeleng Tengku Qaf melihat telatah Cahaya tidak semena dahi Cahaya ia jentik bagi menyedarkan Cahaya.
"Auch... Awak!" marah Cahaya.
"Apa! Kau tu temenung je, dah sampai ni ke nak aku dukung kalau nak jom." tutur Tengku Qaf sambil menjongketkan kening.
Laju Cahaya menjeling rasa kasihan tadi dah bertukar jadi menjengkelkan pada Tengku Qaf. Terus ia menoleh ke belakang mencari sosok tubuh Thaqif.
"Dah masuk dah. Kau je yang termenung lama sangat." balas Tengku Qaf bila mana melihat Cahaya mencari Thaqif.
"Ouh... Terima kasih." Tak mahu berlama didalam kereta terus Cahaya membuka pintu untuk keluar. Belum sempat ia membuka pintu pergelangan tangannya yang berlapik baju ditarik oleh Tengku Qaf.
"Awak lepaslah!" bentak Cahaya sambil menarik lengan bajunya.
"Kejap. Aku nak tanya kau sekali lagi?" melihat wajah serius Tengku Qaf buatkan Cahaya tertanya-tanya. Tiba-tiba hatinya rasa tak sedap melihat muka Tengku Qaf.
"Cahaya Elidra will you be my wife?" sekali lagi lamaran dari Tengku Qaf. Tidak semena Cahaya mengeluh dan keluhannya didengari oleh Tengku Qaf.
"Saya tak boleh." jawab Cahaya perlahan.
"Kenapa tak boleh?" soal Tengku Qaf ingin tahu. Dari tadi dia perhatikan Cahaya cuba mengelak dari merenungnya buatkan dia rasa lain macam.
Dari menunduk perlahan-lahan Cahaya menoleh memandang wajah Tengku Qaf disisinya. Melihat kesan luka di tepi dahi buatkan Cahaya hampir menangis, dia tak suka orang terluka sebab dia.
"Awak terluka sebab saya." jawab Cahaya perlahan ekspresi mukanya tidak dapat dikawal dengan riak biasa malah dapat Tengku Qaf lihat Cahaya mahu menangis. Tiba-tiba teringat ia akan perbualannya dengan Dato Khalid 2 hari lepas.
Flashback
"Cahaya ni tak suka macam mana dia akan kata tak suka. Walaupun dia baru 4 tahun jadi anak angkat ayah sedikit sebanyak ayah kenal perangai Cahaya." tutur Dato Khalid bila hanya ada dia dan Tengku Qaf sahaja.
"Maksud ayah?" soal Tengku Qaf ingin tahu.
"Sehebat mana dia pandai sorokkan perasaan, tapi dia akan kalah dengan sesuatu yang terjadi sebabnya." jelas Dato Khalid. Tengku Qaf masih tidak faham dengan apa yang ingin Dato Khalid sampaikan. Tergelak kecil Dato Khalid melihat muka keliru Tengku Qaf.
"Macam ni lah, sifat Cahaya ni mudah je kalau Qash nak kenal. Dia kalau dah mula selesa dengan seseorang dia akan cepat terasa lebih-lebih lagi orang tu cedera sebab dia. Contohnya, masa Thaqif 2 tahun dia pernah kena demam panas sebabnya Cahaya pergi bawa jalan hampir satu hari penatlah budak tu. Malam tu Thaqif meragam dan demam Cahaya salahkan diri dia. Penat juga ayah dan ibu nak pujuk." jelas Dato Khalid lebih dalam.
![](https://img.wattpad.com/cover/361006036-288-k865186.jpg)
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomanceTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...