Dibuka penutup botol yang berwarna putih diambil dua biji pil dan dibawa masuk kedalam mulutnya. Botol berkenaan disimpan semula kedalam laci disebelah katilnya.
*****
2 minggu kemudian,
Tengku Qaf yang segak bergaya dengan mengenakan kemeja berwarna putih didalam manakala diluarnya pula kot berwarna hitam senada dengan seluar yang dipakai laju ia menunggang Kawasaki Ninja miliknya membelah jalanraya yang mula sibuk diawal pagi.
Sekitar jam 9:30 pagi. Tengku Qaf tiba diperkarangan lobi utama Edge Empire diparkir motorbikenya di tempat khas yang tertera Ceo reserved. Dua minggu masa dihabiskannya untuk berehat tak lah rehat mana bila mana ia masih melakukan kerja juga.
Turun sahaja dari motor Kawasaki Ninja miliknya terus dibuka helmet yang menutupi kepalanya. Terus dibawa kepalanya menghadap cermin motorbike nya untuk memperkemaskan rambutnya memakai helmet membuatkan rambutnya agak kusut sikit.
Selesai merapikan rambut serta pakaian terus Tengku Qaf melangkah masuk kedalam bangunan Edge Empire. Helmetnya disangkut dibahagian siku sementara itu Tengku Qaf membuka glove dikedua belas tangannya.
Melangkah sahaja melepasi bahagian receptionist dirinya disapa dengan perkerja disitu. Tengku Qaf hanya melorekkan senyuman tanpa ada manis. Bagi mereka yang sudah berkerja lama dengan Tengku Qaf sudah lali dengan sikap sebegitu.
Tanpa berlenggah terus Tengku Qaf masuk kedalam lift dan menuju tingkat 8. Tidak lama mana masa yang diambil untuk sampai ke tingkat 8, melangkah sahaja keluar dari lift aras 8 memang sunyi bila mana semua sudah sibuk melakukan tugasan dipagi hari. Lagipun aras 8 memang untuk semua yang memegang jawatan sebab tu sunyi.
Terus dihayunkan langkahnya ke pejabat miliknya. Dari jauh Tengku Qaf perasan akan kehadiran seseorang memakai mask dan sedang duduk dihujung sisi meja Yan. Dapat ia lihat mereka sedang khusyuk berbual. Tanpa apa-apa terus ia berdehem bagi memberitahu keberadaannya.
"Kau tak sibuk ke hari ni Is?" soal Yan sambil memeriksa setiap laporan kerja.
"Sibuk aku tengah kerja ni. Ni pun aku berhenti sekejap kat sini hantar dokumen kat Qaf. Lepastu aku terus gerak ke Sabah." jelas lelaki yang bernama Is. Yan yang mendengar hanya mengganguk tanda faham.
"Opah dengan Aki tanya pasal kau?" ayat yang terbit dari mulut Is buatkan ia garu kepala mana taknya dah lama dia tak balik kampung sejak patah hati. Bukan tak nak balik cuma kalau balik terserempak si dia malas. Selama ni dia tanya khabar lalu whatapp tak pun video call nasib baik Opah dia pandai.
"Kau masih patah hati lagi ke?" laju Yan menggeleng menidakkan.
"Habistu asal kau masih pakai macam ni pondan." kutuk Is.
"Saja." santai sahaja Yan membalas buatkan Is menggeleng adalah tu dia nak buat apa. Belum sempat mereka berbual lebih suara orang berdehem menyentakkan mereka berdua.
"Ehem..." laju Is dan Yan menoleh.
"Morning Tengku!" sapa Yan. Manakala Is hanya mengangguk tanda hormat.
"Tak cakap dengan aku kau nak datang?" soal Tengku Qaf sambil mengerutkan wajah dia takut Is ada bagitahu dan dia terlupa atau apa.
"Aku singgah sekejap je." tanpa berlenggah diselak jacket yang dipakai dan terus diambil satu sampul surat berwarna coklat kemudian dihulurkan kepada Tengku Qaf.
Melihat huluran tersebut laju Tengku Qaf mengambil. Yan pula hanya memerhati dua orang dihadapannya sedang berurusan.
Tanpa berlenggah terus Is melangkah pergi dia ada masa 30 minit sebelum bergerak ke Sabah. Tengku Qaf pula terus melangkah masuk ke pejabatnya sempat disimpan terlebih dahulu sampul berkenaan didalam brief case nya.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomanceTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...