Bab 69

755 51 9
                                    

"Aaaaargh......" jeritan dari luar bilik mengejutkan Tengku Dahlan dan Tengku Aminah yang sedang tertidur, terus serentak mereka berdua bangun dan saling berpandangan. Menghantar isyarat seperti siapa dan kenapa.

Sekali lagi jeritan yang didengari buat kan Tengku Dahlan dan Tengku Aminah bergegas bangun dan melangkah keluar dari bilik. Jeritan tersebut berpunca dari bilik Tengku Zehra.

"Zehra balik ke Ina?" soal Tengku Dahlan. Tengku Aminah menggeleng tanda tidak tahu rasanya percutian anaknya lama lagi tapi tak tahu lah kalau anaknya tiba-tiba balik.

Dapat mereka dengar Tengku Zehra meraung dan menangis. Tidak cukup dengan itu ada juga mereka dengar barangan-barangan yang bertaburan.

"Kenapa tu abang?" soal Tengku Aminah risau mana tidaknya makin kuat bunyi jeritan serta tangisan dan semakin banyak bunyi barangan pecah di dalam bilik Tengku Zehra.

Tengku Dahlan hanya menjongketkan bahu tanda ia tidak tahu setahu nya tiada apa-apa yang terjadi kecuali "Dia tahu soal Qash nikah ke?" ujar Tengku Dahlan mengejutkan Tengku Aminah. Terasa macam tepat dengan apa yang suaminya katakan, ia sebaik mungkin menyembunyikan hal pernikahan Tengku Qaf dari anaknya risau pula dia.

"Abang.... Anak kita tu." ujar Tengku Aminah risau.

"Awak ambilkan abang kunci pendua." ujar Tengku Dahlan buat kan laju Tengku Aminah melangkah kearah biliknya untuk mencari kunci pendua yang disimpan.

Tengku Dahlan pula hanya mampu bersuara dari luar bilik untuk menghalang sang anak melakukan sesuatu yang tidak masuk akal. " Zehra jangan buat macam-macam nak." rayunya.

Tengku Zehra yang betul-betul rasa kecewa semakin tidak dikawal dirinya seperti hilang arah kesemua barangan dilemparkan dan diserabutkan biliknya.

"Abang ni." laju Tengku Aminah melangkah mendapatkan tubuh suaminya tangannya erat mengengam kunci pendua. Dapat sahaja kunci dari sang isteri terus ia membuka pintu bilik itu.

Terkedu mereka melihat si anak dengan rambut yang serabai mata pula hitam mungkin kesan dari menangis dan maskara yang tidak dibersihkan buatkan wajah anak mereka comot.

"Zehra..." panggil Tengku Aminah sayu. Terlalu sayu melihat anaknya yang sentiasa cantik tiba-tiba jadi begitu.

"Kenapa ni sayang?" soalnya sambil mendakap tubuh sang anak yang masih menangis. Nasib baik Tengku Zehra tidak lagi mengamuk sebaik mereka melangkah masuk dirinya mula tenang tapi bersisa dengan tangisan.

"Kenapa?" soal Tengku Zehra tergantung.

"Apa yang kenapa? Sayang ibu." ujar Tengku Aminah ingin tahu. Diusap air mata anaknya yang masih mengalir membasahi pipi mulus tersebut.

"Kenapa Nenda tipu Zehra." ujarnya sebak. Mana tidaknya dia berharap untuk berkahwin dengan Tengku Qaf tapi sakit hatinya bila mana Tengku Qaf menikah dengan orang lain bukan dengannya sedangkan Tengku Kalsom sudah berjanji dengannya.

Terkedu Tengku Aminah, dia tak sangka anaknya betul-betul mahukan Tengku Qaf, sayu hatinya. Belum sempat ia membalas terasa bebanan berat ditubuhnya.

Terasa penat dan terlalu lama menangis akhirnya tubuh Tengku Zehra mula longlai dan bersandar di tubuh Tengku Aminah. "Zehra!" laung Tengku Aminah kuat bila mana tubuh sang anak semakin memberat bersandar ke tubuhnya.

"Abang! Zehra bang!" laung Tengku Aminah kuat hatinya resah melihat keadaan sang anak. Tidak pernah jadi begini anaknya betul-betul patah hati.

Terus Tengku Dahlan mencempung tubuh anaknya dan tergesa-gesa ia keluar dari bilik dan membawa anaknya ke hospital diikuti Tengku Aminah dibelakangnya.




QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now