Bab 35

1K 47 11
                                    

Bunyi pengera menyentakkan Cahaya yang sedang tidur. Dicelikkan matanya kemudian dibawa tangannya kearah meja night stand, diambil telefon yang sejak dari tadi tidak berhenti bunyi pengera.

Tutup sahaja pengera lantas Cahaya bangkit dari pembaringan dilihat angka pada telefon sudah masuk 5:45 pagi.

Dilihat kesisi Thaqif sedang lena dibuai mimpi, sempat dikucup dahi sang anak sebelum ia melangkah turun dari katil dan berjalan masuk ke bilik air.

Selesai sahaja mandi dan mengambil wuduk, Cahaya melangkah merapati tubuh sang anak. Awal-awal Cahaya sudah siap memakai baju didalam bilik air.

Berada disisi Thaqif terus Cahaya menepuk peha sang anak untuk dikejutkan bangun. Sekali sahaja tepuk Thaqif sudah bergerak-gerak untuk bangun.

"Wake up sayang mama. Pergi mandi dan ambil wuduk sekali." pinta Cahaya.

Tanpa berlenggah terus Thaqif turun dari katil dan melangkah keluar menuju ke biliknya untuk mandi dan ambil wuduk.

Tak sampai 15 minit Thaqif muncul disebalik pintu. Siap memakai songkok berserta baju dan seluar tracksuit. Tersenyum lucu Cahaya melihat Thaqif kerana songkok yang dipakai hampir sahaja menutup mata laju tangannya membetulkan songkok diatas kepala Thaqif.

Betulkan sahaja songkok Thaqif terus mereka melangkah kearah sejadah yang telah dibentangkan Cahaya. Lagipun Cahaya sudah siap memakai telekung dan hanya menunggu kedatangan Thaqif.

Selesai sahaja solat dan berdoa terus Cahaya memusingkan tubuhnya menghadap Thaqif dibelakangnya. Manakala Thaqif sudah siap sedia menghulur tangan pada sang ibu.

"Come duduk kat riba mama." laju Cahaya menarik tubuh sang anak untuk duduk diatas ribanya. Kesibukkan kerja buat Cahaya sedar dia kurang meluangkan masa dengan Thaqif.

"Harini tak perlu pergi school boleh?" soal Cahaya. Mendengar permintaan sang ibu laju ia menoleh sambil memandang hairan si ibu.

"Harini je mama janji, mama nak spend time dengan Aqif." rayu Cahaya membuatkan laju Thaqif mengangguk.

"Aqif rindu mama." ujar Thaqif sambil memusing lalu memeluk tubuh sang ibu dengan erat.

"Mama pun." tidak semena dua-dua tersenyum gembira.

Cahaya pagi-pagi lagi dia sudah maklumkan Syifa yang dia off untuk hari ini dan dia tidak mahu masanya bersama Thaqif diganggu.

Dalam pukul 10 pagi. Dengan memakai hoodie berwarna nude dengan lambang Mickey Mouse berserta seluar jean hitam Thaqif melangkah turun ke ruangan dapur.

Dapat dilihat neneknya sedang membuat kek. Laju dihampiri tubuh sang nenek dan tanpa dipinta dipanjat kerusi untuk duduk.

"Nenek buat apa?" soal Thaqif petah. Diusia 4 tahun Thaqif sudah mampu berbicara tanpa sedikit pun bunyi pelat. Thaqif memang seorang yang luar biasa akalnya pun kadangkala memang luar biasa juga.

"Buat kek coklat. Aqif nak?" soal Datin Nuha sambil menghulurkan kek coklat yang sudah siap dibakar. Terus laju Thaqif mencapai kek coklat yang sudah siap dipotong tersenyum suka Thaqif menikmati kek coklat berkenaan.

"Morning Ibu!" jerit Cahaya sambil mengucup pipi Datin Nuha. Thaqif yang melihat hanya menjeling kadangkala dia rasa macam Cahaya bukan mama dia sebab perangai pun ada masa macam tak matang. Tapi bila dah mula tegas dia pun takut.

Tak terkelip mata Cahaya melihat kek coklat kegemarannya didepan mata. "Makan mama kalau mama tenung tak adanya dia masuk dalam mulut mama sendiri." berbisa Cahaya rasa bicara sang anak.

Thaqif memang tak banyak cakap, suka pendam perasaan cuma malam tadi sahaja Thaqif tiba-tiba ringan mulut untuk meluah dan bila mana ia bercakap kadangkala kalah Cahaya sebagai seorang ibu. Tidak semena Cahaya tersenyum melihat penampilan sang anak dari atas sampai kebawah.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now