Bab 44

1K 63 5
                                    

Melangkah sahaja turun kebawah Thaqif selesa menyarung baju tidurnya manakala Tengku Qaf memakai T-shirt berserta kain pelekat nak buat macam mana itu je yang ada dalam kereta dia, dicari seluar memang sudah tiada.

Melihat Thaqif dan Tengku Qaf melangkah masuk kedapur buatkan Cahaya terpegun dengan penampilan Tengku Qaf. Dia memang suka lelaki pakai kain pelekat sebab tu dia macam tak nak alihkan pandangan langsung.

Itu pun dia laju memandang ke tepi bila mana Datin Nuha menepuk pehanya. Tiba-tiba darah merah menyerbu mukanya bila mana tanpa sengaja ia melihat ciptaan tuhan terlalu lama. Dapat dia lihat sedikit senyuman dibibir Tengku Qaf.

Siap sahaja menghidangkan nasi, Tengku mengetuai bacaan doa sebelum makan. Dapat ia lihat pelbagai jenis lauk yang menarik minatnya udang sambal.

"Makan Qash jangan malu-malu." pelawa Datin Nuha dia tahu mesti Tengku Qaf rasa janggal jadi dia cuba nak hilangkan janggal tu.

"Baik ibu."

Mendengar panggilan lelaki didepannya buat dia rasa tak puas hati. Laju mulutnya menyoal.

"Bila dia jadi anak ibu?" laju Cahaya menoleh Datin Nuha riak tak puas hati jelas diwajahnya. Menjeling ia melihat Tengku Qaf dihadapannya, sekarang dia marah soal gelaran ni.

"Alah biarlah dia nak panggil ibu. Kamu ni jeles pula kenapa?" soal Datin Nuha menggeleng ia melihat telatah Cahaya ada je yang tak puas hati tu.

Terus Cahaya senyap merajuk sekejap. Tengku Qaf hanya tergelak melihat keserasian mereka satu keluarga.

Terus mereka senyap untuk makan. Dalam diam Datin Nuha memerhati tingkah laku Tengku Qaf dan Thaqif dapat ia lihat persamaan cara mereka ketika makan lebih kurang sama.

Untuk memastikan apa yang membelenggu hatinya lantas ia memandang wajah Thaqif dan Tengku Qaf. Bila melihat Tengku Qaf berpakaian santai dapat ia lihat wajah Thaqif dan Tengku Qaf hampir serupa paling dia rasa terkejut iris mata mereka yang unik itu sama.

"Kenapa Ibu?" soal Tengku Qaf sejak tadi dia perasaan Datin Nuha merenungnya tanpa lepas.

"Tak lah. Ibu nak tanya sedap ke ibu masak?" soal Datin Nuha cuba ingin mengalihkan perhatian dia tak nak Qash fikir bukan-bukan pula. Tengku Qaf laju mengangguk sambil tersenyum.



Selesai sahaja makan Thaqif terus melangkah naik keatas katanya nak solat isyak. Manakala Tengku Qaf menolong apa yang patut didapur, Cahaya pula sedang membasuh pinggan di singki.

"Qash!" panggil Datin Nuha.

"Ya ibu."

"Ni hantar ke singki minta Cahaya cuci. Ibu nak naik atas solat kejap." laju Tengku Qaf mengangguk dan menghantar pemergian Datin Nuha dengan sorotan mata. Tanpa berlenggah terus ia melangkah ke dapur untuk menghantar pinggan kotor ke singki.

Leka Cahaya membasuh pinggan didalam singki tak banyak mana sikit lagi habis. Dia pun tidak sedar kehadiran Tengku Qaf yang menghampirinya. Dari belakang tubuh Cahaya, Tengku Qaf memanjangkan tangannya untuk meletakkan pinggan kedalam singki.

Merasa kehadiran satu sosok tubuh buat Cahaya terhenti melakukan kerja dan makin buat ia tidak puas hati bila dari tepi ia melihat tangan berurat seseorang tanpa menoleh ia tahu itu tangan Tengku Qaf.

"Boleh tak awak jauh sikit dari saya." pinta Cahaya dia betul-betul rasa tak selesa bila mana Tengku Qaf berdiri dengan jarak yang dia rasa dekat dibelakangnya.

Terus ia melangkah kesisi Cahaya dan menyandarkan tubuhnya pada kabinet dapur berhampiran. Disilangkan tangannya dan leka merenung tingkah Cahaya.

Cahaya pula rasa sakit hati dan gugup, dia nak basuh pinggan pun rasa tak senang bila Tengku Qaf setia disisinya.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now