Bab 10

749 28 1
                                    

Ting

Ting

Ting

"Amin ya rabbal'aalamin" selesai sahaja Cahaya mengaminkan doa dia terus menoleh kearah telefon yang berbunyi diatas katil.

Cahaya baru sahaja selesai mengerjakan solat asar. Tanpa berlenggah Cahaya bangun dari duduknya diatas sejadah, dilipat sejadah yang dipakai dan kemudian membuka telekung yang dipakai dan disangkut di penyangkut.

Terus ia berjalan kearah katil miliknya untuk melihat siapa yang menghantar mesej kepadanya.

3 message from unknown.

Terus laju tangan Cahahay membuka telefonnya. Melihat ayat yang diajukan dia sudah kenal siapa dan tidak semena bibirnya tersenyum tanpa dipinta.

- Assalamualaikum Cahaya

- Ni saya

- Terima kasih kerana terima saya untuk menjadi sebahagian dari hidup awak.

- Walaikumsalam awak.

- Sama-sama.

Terus Cahaya save nombor Ustaz Qayyum dan dia yakin dengan pilihan keluarganya.

"Saya harap jodoh kita kuat Ustaz Qayyum. Saya terima awak seikhlas hati saya." bisik Cahaya perlahan sambil tersenyum.

Terus Cahaya bangun tak mahu lama-lama melihat telefon, ia terus bergerak ke meja belajarnya untuk study sekejap sebelum dia nak turun minum petang bersama Walid dan Ummi.


*****

Dalam pada Qaf sibuk meneliti setiap fail projek yang ada di atas mejanya dia baru teringan akan mesej dari Hadi dan Wafi. Laju tangannya mengambil telefon yang diletakkan pada poket suit nya.

Hadi Akashah

- Wei pasal Genting apa cerita?

Qaf hanya baca dan belum ada tanda nak balas kemudian Qaf pergi ke mesej Wafi.

Wafi Hayyan

- Wei Genting?

- Aku pergi kau cakap kat Hadi aku malas nak reply chat dia.

- Ok. Asal lambat gila kau balas.

- Aku kerja bukan macam kau.

- Hahaha... Ok cau dulu.

Terus diletakkan telefonnya di atas meja. Selagi tak bagi kata putus selagi tu tanya.

Laju Qaf menyambung melihat laporan dia tak suka buang masa bila kerja, lagi cepat siap lagi bagus.

Ketukkan di pintu membuatkan Qaf berhenti dan melaung memberi keizinan untuk masuk.

Dia hanya menjongketkan kening melihat Yan yang memandangnya.

"Nenda Tengku datang." Qaf hanya mengeluh bila Yan memberitahu kehadiran Nendanya.

"Bagi dia masuk."

Melihat sahaja Tengku Kalsom masuk terus Qaf mempelawa untuk duduk.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now